Ini merupakan kali kedua saya datang ke Lapangan Terbang Antarabangsa Edmonton. Kali pertama ialah pada musim panas tahun 2020 di mana saya dan suami hanya pandu lalu di hadapan bangunan terminal yang ‘mati’ gara-gara pandemik dan tidak ada satu pun penerbangan pada tahun itu. Kedatangan kali kedua pula ialah sewaktu saya menaiki penerbangan dari Edmonton untuk pulang ke Vancouver setelah selesai kembara 14 hari di Amerika Syarikat. Gambar pertama dari atas dirakamkan sewaktu saya sedang sarapan pagi di hotel. dan pada sebelah petang saya menaiki Uber menuju ke lapangan terbang. Suami saya tidak dapat hantar ke lapangan terbang kerana mesyuarat…
Leave a CommentTag: airport
6 Jun 2022Saya mengambil penerbangan pada 6 Jun 2022 dari Vancouver ke Calgary, Alberta kerana ingin meneruskan pemanduan kembara USA. Penerbangan awal pagi itu ialah pada jam 6:30 pagi. Saya tidak tidur semalaman kerana bukan mudah untuk tidur awal pada malam berikutnya dan bangun seawal 2:00 pagi untuk bersiap dan ke lapangan terbang. Saya mengambil perkhidmatan Uber untuk ke lapangan terbang dan sebaik sahaja sampai di sana, saya terkejut melihat di dalam bangunan terminal yang sudah sesak dengan bakal penumpang. Saya tiba pada jam 3:30 pagi, dan tentunya penumpang lain sudah datang lebih awal dari saya. Walaupun saya telah melakukan…
Leave a CommentSaya mengikuti perkembangan mengenai pencerobohan Rusia terhadap Ukrain setiap hari. Tidak ada apa yang tidak menyedihkan termasuklah apabila saya mengetahui tentang kapal terbang terbesar di dunia musnah akibat dari serangan. Saya sebagai seorang yang pernah bekerja di dalam dunia penerbangan (dan mereka yang masih bekerja di dalam dunia penerbangan) amat merasai kesedihan lebih dari orang lain. Apatah lagi saya sendiri pernah melihat dari dekat ‘gergasi udara’ ini. Antonov AN-225 juga dikenali dengan nama Mriya. Di dalam bahasa Ukrain, Mriya bermaksud “dream“. Warna kapal terbang ini ialah putih berserta jalur warna bendera negara Ukrain iaitu kuning dan biru. Mriya bukan sahaja…
Leave a Comment