Skip to content

Tag: arizona

Pemanduan Dari Tempe Ke Winslow

Hari Ke-2 (29 Oktober 2022)Kembara hari kedua ialah pemanduan dari Tempe, Arizona menuju ke Albuquerque, New Mexico. Jarak antara kedua buah bandar ialah 660 kilometer dan jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama 6 jam 30 minit (bergantung waktu trafik semasa). Oleh kerana kami berhenti beberapa kali di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan, maka saya terpaksa bahagikan artikel ini kepada dua bahagian. Untuk artikel ini ia mengenai pemanduan dari Tempe ke Winslow, Arizona. Pemanduan kami bermula dari hotel Double Tree by Hilton Tempe pada jam 5:50 pagi. Anda boleh baca artikel mengenai hotel ini melalui link di bawah.https://sheryonthemove.com/?p=5981…

Leave a Comment

Double Tree by Hilton Tempe, Arizona

Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik hotel setinggi tiga tingkat. Selepas mandi dan berehat, saya dan suami kemudian keluar untuk makan malam dan setelah pulang baharu saya meninjau dan mengambil gambar di sekitar kawasan hotel. Oleh kerana negeri Arizona ini terkenal dengan pokok kaktus, maka di kawasan hotel ini terdapat banyak…

Leave a Comment

Phoenix – Ibu Negeri Arizona

28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30 darjah Celsius. Ini ialah kedatangan kali ketiga saya ke Phoenix tetapi sudah beberapa kali bagi suami. Walaupun sebelum ini saya pernah datang ke Phoenix tetapi baharu kali ini saya berkesempatan untuk melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri. Sudah menjadi kewajipan bagi kami untuk datang bergambar…

Leave a Comment