19 Jun 2022Pemanduan hari ke-14 ialah hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022. Ia bermula dari Great Falls, Montana dan berakhir di Edmonton, Alberta, Kanada. Pada awal pagi di Great Falls, saya terasa begitu nyaman dan cuaca juga dingin. Suhu pada waktu itu paling rendah jika hendak dibandingkan dengan suhu pada hari-hari lain sewaktu kembara sepanjang 14 hari pada bulan itu. Ia seolah-olah memanggil saya pulang ke rumah kerana suhu sebegitu selalu dialami di Vancouver pada awal pagi Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, masa pemanduan ialah 7 jam 35 minit dengan jarak 798 kilometer. Tetapi pemanduan kami lebih lama sedikit…
Leave a CommentTag: calgary
6 Jun 2022Saya mengambil penerbangan pada 6 Jun 2022 dari Vancouver ke Calgary, Alberta kerana ingin meneruskan pemanduan kembara USA. Penerbangan awal pagi itu ialah pada jam 6:30 pagi. Saya tidak tidur semalaman kerana bukan mudah untuk tidur awal pada malam berikutnya dan bangun seawal 2:00 pagi untuk bersiap dan ke lapangan terbang. Saya mengambil perkhidmatan Uber untuk ke lapangan terbang dan sebaik sahaja sampai di sana, saya terkejut melihat di dalam bangunan terminal yang sudah sesak dengan bakal penumpang. Saya tiba pada jam 3:30 pagi, dan tentunya penumpang lain sudah datang lebih awal dari saya. Walaupun saya telah melakukan…
Leave a CommentCourtyard by Marriott Calgary Airport terletak lebih kurang 10 kilometer dari Lapangan Terbang Calgary. Jika dilihat di dalam peta, hotel ini memang bersebelahan dengan lapangan terbang. Yang membuatkan terasa jauh dengan jarak 10 kilometer itu ialah kerana perlu memandu seiring dengan keseluruhan panjang landasan. Saya sangat berpuas hati menginap di hotel ini. Keperluan asas di dalam bilik serba serbi mencukupi kecuali ada satu barang yang tidak disediakan iaitu plastik untuk mencuci pakaian (laundy bag). Katilnya juga besar dan tinggi. Saya tidak mengambil gambar kolam renang. Walau bagaimanapun, anda boleh rujuk artikel mengenai hotel Residence Inn by Marriott Calgary Airport kerana…
Leave a Comment