17 Jun 2022Kembara USA (road trip) bulan Jun 2022 merupakan kedatangan kali kedua saya ke bandar Cheyenne. Kedatangan kali pertama ialah pada musim panas tahun 2012. Bandar ini merupakan ibu negeri bagi Wyoming. Pusat pelancongan yang terletak di dalam bangunan stesen kereta api lama harus dilawati. Di dalamnya turut menempatkan muzium dan kedai cenderamata. Pada kedatangan 10 tahun lalu, suami saya ada membeli cenderamata di kedai yang sama. Negeri Wyoming merupakan salah satu negeri yang berkait rapat dengan koboi (cowboys). Maka kerana itulah di dalam pusat bandar banyak dapat dilihat replika kasut koboi (boots). Tempat wajib yang perlu saya dan…
Leave a CommentTag: capital city
Denver merupakan ibu negeri bagi Colorado. Saya sudah beberapa kali datang ke Denver tetapi masih belum puas berjalan-jalan di bandar ini. Tambahan pula, pada 10 tahun lalu saya dan suami ingin melawat dan bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri tetapi pada waktu itu bangunan sedang dibaik pulih. Pada waktu itu kami sekadar lihat dari jauh sahaja. Mengambil peluang pada hari ke-12 kembara USA bulan Jun 2022, sekali lagi kami ke pusat bandar untuk bergambar di hadapan bangunan ini. Tidak ada tempat meletak kenderaan khas untuk pelawat, jadi kami hanya letakkan di tepi jalan sahaja. Masih banyak tempat kosong kerana kami…
Leave a Comment10 Jun 2022Hari ke-5 kembara berkereta USA bulan Jun 2022 masih lagi di negeri Michigan. Saya dan suami bermalam di Tru by Hilton Sterling Heights Detroithttps://sheryonthemove.com/?p=2906 dan pada hari ini kami akan mengadakan day trip sahaja kerana kami akan pulang bermalam di hotel yang sama. Pemanduan pada pagi itu ialah menuju ke ibu negeri Michigan iaitu Lansing. Ia terletak 147 km dari hotel penginapan kami. Jarak dari pusat bandar Detroit pula ialah 164 km. Cuaca di sepanjang pemanduan juga agak baik, panas tetapi berangin. Sudah menjadi kewajipan saya dan suami untuk melawat di setiap ibu negeri dan bergambar di hadapan…
Leave a Comment