Skip to content

Tag: denver

Pusat Bandar Denver

17 Jun 2022Selepas melawat ke bangunan perundangan negeri Colorado, https://sheryonthemove.com/?p=3825 kami memandu di sekitar pusat bandar Denver. Walaupun sudah beberapa kali datang ke Denver, tetapi saya masih belum puas berjalan-jalan di dalam bandar ini. Anda boleh lihat hampir kesemua gambar yang saya rakamkan ialah gambar bangunan kerana saya suka seni binanya tidak kira sama ada ia bangunan lama atau baharu.

Leave a Comment

Denver – Ibu Negeri Colorado

Denver merupakan ibu negeri bagi Colorado. Saya sudah beberapa kali datang ke Denver tetapi masih belum puas berjalan-jalan di bandar ini. Tambahan pula, pada 10 tahun lalu saya dan suami ingin melawat dan bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri tetapi pada waktu itu bangunan sedang dibaik pulih. Pada waktu itu kami sekadar lihat dari jauh sahaja. Mengambil peluang pada hari ke-12 kembara USA bulan Jun 2022, sekali lagi kami ke pusat bandar untuk bergambar di hadapan bangunan ini. Tidak ada tempat meletak kenderaan khas untuk pelawat, jadi kami hanya letakkan di tepi jalan sahaja. Masih banyak tempat kosong kerana kami…

Leave a Comment

Hilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area

Hilton Garden Inn Denver South Park Meadows Area terletak di bahagian selatan dari pusat bandar Denver. Jarak antara hotel dan pusat bandar ialah 31 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 25 minit. Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran manakala sarapan pagi tidak dihidangkan percuma. Bilik hotel bersaiz agak kecil tetapi cukup dengan segala keperluan seperti contoh peti sejuk, ketuhar gelombang dan mesin kopi. Saya berpuas hati kerana pihak hotel telah menukar permaidani baharu. Bentuk serta hiasan dalam di bahagian lobi hampir sama dengan hotel Hilton Garden Inn yang saya menginap di Bloomington, Minnesota https://sheryonthemove.com/?p=2427dan di Fargo, North Dakota https://sheryonthemove.com/?p=2299 sewaktu…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Lincoln Ke Denver

16 Jun 2022Pada hari ke-11 kembara USA (road trip) bulan Jun 2022, saya dan suami menyambung pemanduan dari Lincoln, Nebraska menuju ke Denver, Colorado. Jarak antara Lincoln dan Denver yang dikira dari kedua buah hotel yang kami menginap ialah 806 kilometer. Selepas sarapan pagi di hotel Hampton Inn & Suites Lincoln, kami memandu untuk meninjau Lapangan Terbang Lincoln yang terletak berdekatan dengan hotel sahaja. Link artikel hotel boleh anda klik di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3720Kemudian, baharu kami meneruskan pemanduan ke Denver. Cuaca pada hari itu panas terik dan suhu juga sangat tinggi sehingga mencecah ke 43 darjah Celsius. Kami ada membuat persinggahan…

Leave a Comment