Skip to content

Tag: fall

Musim Luruh Melawat Ladang Labu (1)

Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak yang ingin saya ceritakan. Saya mahu anda (terutamanya yang tidak tinggal di negara empat musim) melihat sendiri bagaimana meriahnya musim labu di sini. Musim luruh berkait rapat juga dengan musim labu di Amerika Utara iaitu di Kanada dan Amerika Syarikat dan juga di kebanyakan negara Eropah. Kerana itulah musim luruh juga terkenal dengan pumpkin patch (ladang labu). Pumpkin patch ialah ladang yang mempunyai banyak tanah lot yang menempat labu sama ada ia telah dicabut atau masih lagi di atas tanah. Ramai orang akan menggunakan labu pada musim ini untuk…

Leave a Comment

Musim Luruh 2022 Lambat Sebulan

Jika anda ikuti dan membaca artikel saya sejak dari laman blog yang lama, pasti anda perasan yang saya banyak kongsikan gambar pemandangan indah musim luruh di Vancouver setiap bulan dan setiap tahun. Tahun ini hanya satu artikel yang dapat saya kongsikan gambar daun-daun yang berguguran kerana saya tidak luangkan banyak masa di Kanada sebaliknya di Amerika Syarikat. Seperti yang telah saya nyatakan beberapa kali di dalam artikel sebelum ini, bahawa musim panas tahun 2022 nampaknya panjang dan meleret sehingga ke bulan pertama musim luruh. Adalah luar biasa apabila musim luruh bulan September masih bersuhu tinggi dan saya masih lagi memakai…

Leave a Comment

Hari Ulang Tahun Perkahwinan Ke-13

25 September 2022Saya dan suami telah menyambut hari ulang tahun perkahwinan yang ke-13 di Seattle, Washington Amerika Syarikat. Restoran makan malam sempena hari ulang tahun kami ialah di Dukes Seafood di Bellevue, Washington. Jarak antara Bellevue dan Seattle ialah 18 kilometer. Selepas selesai menjamu selera, pelayan datang memberi kejutan dengan sepinggan manisan sempena hari istimewa kami. Dari Bellevue, kami singgah pula ke salah satu tempat menarik di Seattle untuk memberi peluang kepada sahabat kami mengambil gambar pemandangan bandar Seattle pada waktu malam. Cuaca sangat bagus serta dingin pada waktu malam dengan suhu belasan darjah Celsius. Anda boleh tonton video makan…

Leave a Comment

Hari Pertama Musim Luruh

Hari pertama musim luruh tahun 2022 jatuh pada 22 September. Berbeza dari tahun-tahun sebelumnya, hari pertama musim luruh tahun ini di Vancouver masih lagi panas. Suhu pada awal pagi ialah belasan darjah Celsius dan pada sebelah tengah hari hingga ke petang suhu naik sehingga melebihi 20 darjah Celsius. Lokasi pertama yang saya dan suami bawa pergi dengan membawa sahabat kami dari Singapura ialah Stanley Park di Vancouver. Kemudian kami pergi Capilano Suspension Bridge Park yang terletak di North Vancouver. Setiap tahun saya dan suami membeli pas tahunan untuk ke Capilano Suspension Bridge Park. Ia hanya ditawarkan untuk penduduk British Columbia…

Leave a Comment