13 Jun 2022Indianapolis ialah ibu negeri bagi negeri Indiana. Saya dan suami sudah banyak kali datang ke Indianapolis tetapi sewaktu pemanduan dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois, kami singgah sebentar ke bangunan perundangan negeri yang terletak di pusat bandar Indianapolis. Para pelawat boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam berbayar di kawasan yang berdekatan. Bangunan perundangan negeri Indiana sama sahaja seperti bangunan perundangan negeri Ohio. Ia tidak begitu menarik perhatian saya kerana lokasi di dalam pusat bandar yang sibuk dan pintu masuk utama yang tidak begitu tersergam. Kawasan perkarangan di bahagian pintu utama tidak luas dan terlalu dekat…
Leave a CommentTag: indianapolis
11 Jun 2022Sepupu suami iaitu Hana, telah membawa kami makan malam di sebuah restoran Jepun yang bernama Hiro Hibachi Express & Sushi di Fishers, Indiana. Katanya, pemilik restoran ialah orang dari Malaysia dan beliau ingin memperkenalkan kami kepada pemilik restoran itu yang juga sahabat beliau. Kami teruja mendengarnya tambahan pula kami memang peminat makanan Jepun. Tiga jenis sushi yang saya pesan ialah Indo Roll, Bali Roll, dan Malay Roll. Suami pula memesan Steak Fried Rice. Jika anda ingin datang menjamu selera di sini, sila buat kepastian atau ‘double check’ dengan pelayan sekiranya terdapat stok daging halal. Pada hari itu rezeki…
Leave a Comment11 Jun 2022Pemanduan ini bermula pada awal pagi dari Detroit, Michigan menuju ke Columbus, Ohio dengan jarak 357 kilometer. https://sheryonthemove.com/?p=3112. Selepas membuat persinggahan di pusat bandar Columbus dan melawat ke bangunan perundangan negeri, https://sheryonthemove.com/?p=3070 kami menyambung pemanduan ke Indianapolis, Indiana dengan jarak 283 kilometer. Negeri Indiana sudah biasa kami pergi sewaktu kami menetap di Chicago, Illinois dan kami selalu juga melawat sepupu suami (Hana Tajudin) yang menetap di Indianapolis. Selepas kami berpindah ke Kanada, kami jarang pula melawat mereka dan kali terakhir kami datang ke Indianapolis ialah pada tahun 2015. Dari petang hingga ke malam, hujan lebat tidak berhenti-henti. Kami…
Leave a Comment