11 Jun 2022
Pemanduan ini bermula pada awal pagi dari Detroit, Michigan menuju ke Columbus, Ohio dengan jarak 357 kilometer. https://sheryonthemove.com/?p=3112. Selepas membuat persinggahan di pusat bandar Columbus dan melawat ke bangunan perundangan negeri, https://sheryonthemove.com/?p=3070 kami menyambung pemanduan ke Indianapolis, Indiana dengan jarak 283 kilometer.
Negeri Indiana sudah biasa kami pergi sewaktu kami menetap di Chicago, Illinois dan kami selalu juga melawat sepupu suami (Hana Tajudin) yang menetap di Indianapolis. Selepas kami berpindah ke Kanada, kami jarang pula melawat mereka dan kali terakhir kami datang ke Indianapolis ialah pada tahun 2015.
Dari petang hingga ke malam, hujan lebat tidak berhenti-henti. Kami hanya lakukan aktiviti keluarga dan makan malam bersama di sebuah restoran makanan Jepun yang pemiliknya orang Malaysia. Artikel mengenainya akan saya siarkan selepas dari artikel ini.
12 Jun 2022
Kami daftar keluar hotel pada lewat pagi, dan kemudian makan tengah hari bersama Hana sekeluarga di The Garage. Di dalam bangunan ini menempatkan pelbagai kedai menjual makanan. Pendek kata ia seperti food court.
Sila tonton video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-63 kerana di dalam video itu saya kongsikan dengan anda kekecohan kami sewaktu makan di restoran Jepun bersama beberapa lagi kenalan dari Malaysia dan makanan India halal yang saya makan di The Garage.
Saya turut sertakan gambar-gambar saya dan suami bersama dengan anak-anak Hana iaitu Nora dan Emma sewaktu mereka masih lagi bayi dan kecil. Kali pertama dan terakhir kami berjumpa dengan Emma ialah sewaktu beberapa jam beliau dilahirkan. Kami datang ke hospital di Indianapolis dan antara orang ke sepuluh paling awal yang mendukung Emma pada waktu itu. Semua gambar boleh anda lihat di dalam video yang saya nyatakan tadi. https://youtu.be/aHrU7IVxLUQ
Untuk maklumat anda, bangunan The Garage Food Hall tempat saya majan tengah hari dan bangunan hotel di hadapannya (sila rujuk kembali gambar hotel) pernah menjadi sebahagian daripada kilang pembotolan Coca-Cola terbesar di dunia.