Skip to content

Restoran Milik Orang Malaysia Di Indiana

11 Jun 2022
Sepupu suami iaitu Hana, telah membawa kami makan malam di sebuah restoran Jepun yang bernama Hiro Hibachi Express & Sushi di Fishers, Indiana. Katanya, pemilik restoran ialah orang dari Malaysia dan beliau ingin memperkenalkan kami kepada pemilik restoran itu yang juga sahabat beliau. Kami teruja mendengarnya tambahan pula kami memang peminat makanan Jepun.

Tiga jenis sushi yang saya pesan ialah Indo Roll, Bali Roll, dan Malay Roll. Suami pula memesan Steak Fried Rice. Jika anda ingin datang menjamu selera di sini, sila buat kepastian atau ‘double check’ dengan pelayan sekiranya terdapat stok daging halal. Pada hari itu rezeki menyebelahi kerana stok daging halal memang ada. Saya lupa rakamkan gambar menu tetapi saya rakamkan videonya. Anda boleh tonton video melalui link ini https://youtu.be/aHrU7IVxLUQ.

Hana memperkenalkan kami dengan dua sahabat baik beliau yang kebetulannya ialah dua wanita dari Perak, dan tiga termasuk saya! Mereka berasal dari Pantai Remis, Padang Rengas dan saya dari Ipoh. Sungguh saya tidak sangka sama sekali dengan kebetulan ini. Mereka (kakak-kakak) berdua sangat kelakar orangnya. Kami semua bersembang pelbagai topik sehingga kedai tutup.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *