Skip to content

Tag: kentucky

Louiseville, Kentucky

12 Jun 2022 Louisville ialah bandar terbesar di negeri Kentucky. Bandar ini terkenal kerana beberapa perkara contohnya Kentucky Derby (acara lumba kuda) dan ia juga merupakan tempat kelahiran peninju terkenal Muhammad Ali. Saya berada di Louisville selama dua hari iatu pada hari ke-7 dan ke-8 kembara USA untuk bulan Jun 2022. Di dalam artikel ini saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan di Louisville dan saya lebih fokus rakamkan gambar bangunan kerana saya suka melihat seni bina lama. Saya juga melihat beberapa bangunan yang mempunyai mural artis atau orang-orang terkenal yang berasal dari Louisville. Di sebelah gambar itu diletakkan nama mereka tetapi…

Leave a Comment

Frankfort – Ibu Negeri Kentucky

12 Jun 2022 Pemanduan ke Frankfort bermula dari Louisville dengan arak antara kedua buah bandar ialah 88 km. Gambar-gambar pemandangan menarik yang dirakamkan dari Louisville menuju ke Frankfort dan kemudian pulang semula ke Frankfort telah dikongsikan di dalam artikel terdahulu. Anda boleh klik artikel di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=3535 Tujuan utama saya dan suami datang ke Frankfort ialah untuk bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri. Setelah berpuluh bangunan perundangan negeri di Amerika yang pernah dilawati, inilah pertama kali kami perlu memandu menaiki bukit sebelum sampai ke kawasan bangunan. Persekitaran pada waktu itu agak sunyi kerana tidak ada orang bekerja pada hari Ahad.…

Leave a Comment

Louisville-Frankfort-Louisville

12 Jun 2022Pemanduan pada sebelah tengah hari bermula dari Indianapolis, Indiana menuju ke Louisville, Kentucky. Jarak antara kedua buah bandar ialah 185 kilometer. Apabila tiba di Louisville, saya dan suami membuat daftar masuk hotel terlebih dahulu di Tru by Hilton. Anda boleh rujuk artikel mengenai hotel ini melalui link di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3518 Dari Louisville, kami menyambung pemanduan menuju ke ibu negeri Kentucky iaitu Frankfort. Jarak antara Louisville dan Frankfort ialah 88 kilometer. Sepanjang pengalaman saya mengembara berkereta di Amerika Syarikat sejak dari 2012, inilah pertama kali saya melihat dan melawat ke tempat khidmat pelancongan yang bangunannya cantik sekali. Sekali pandang,…

Leave a Comment

Tru by Hilton – Louisville, Kentucky

Tru by Hilton ialah hotel penginapan saya sewaktu berada di Louisville, Kentucky. Saya dan suami melakukan daftar masuk hotel sebaik sahaja tiba dari Indianapolis, Indiana. Anda boleh baca artikel saya mengenai Indianapolis melalui link di sebelah ini. https://sheryonthemove.com/?p=3169 Keunikan hotel Tru by Hilton tidak kira di mana-mana cawangan sekalipun ialah, ia mempunyai lobi yang luas dan mesra tetamu. Setiap meja terdapat plug yang sesuai digunakan sekiranya tetamu ingin menggunakan komputer atau telefon tangan. Selain dari meja dan kerusi yang berwarna-warni, dinding juga dilukiskan dengan gambar bandar cawangan itu. Contohnya seperti gambar di bawah, saya bergambar dengan berlatar belakangkan lukisan bandar…

Leave a Comment