Skip to content

Tag: national park

Taman Negara Glacier (Bahagian 3)

Artikel ini merupakan bahagian terakhir mengenai lawatan saya ke Taman Negara Glacier, Montana pada musim bunga yang lalu. Anda perlu baca dahulu dua artikel sebelum ini bagi mendapatkan maklumat lengkap beserta gambar-gambarnya sekali. Taman Negara Glacier (Bahagian 1)https://sheryonthemove.com/?p=6862 Taman Negara Glacier (Bahagian 2)https://sheryonthemove.com/?p=6916 Sama seperti di dalam artikel bahagian kedua, pemanduan pulang ini bertambah menarik dan memudahkan lagi untuk saya rakamkan gambar kerana pemandangan yang cantik ialah di sebelah kanan saya (di dalam kereta). Saya terpukau melihat pemandangan di luar kereta terutamanya sungai yang sangat jernih seperti cermin. Pemandangan ini mengingatkan saya akan Taman Negara Gunung Rainier di Washington, Amerika…

Leave a Comment

Taman Negara Glacier (Bahagian 1)

13 Mei 2023Artikel ini ialah mengenai kembara berkereta hari kedua merentasi 7 buah negeri di Amerika Syarikat pada bulan Mei 2023. Anda boleh baca artikel kembara berkereta pada hari pertama melalui link di bawah ini.Hari Pertama Bahagian 1 |https://sheryonthemove.com/?p=6765Hari Pertama Bahagian 2https://sheryonthemove.com/?p=6787 13 Mei 2023Pemanduan ke Taman Negara Glacier pada sebelah pagi bermula dari hotel yang saya dan suami menginap selama 3 hari dua malam. Artikel mengenai hotel kami boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6826Jarak antara hotel dan pintu masuk Taman Negara (melalui pintu bahagian barat) ialah 41 kilometer dengan masa pemanduan lebih kurang 30 minit. Harga untuk masuk ke…

Leave a Comment

Elk Island National Park, Alberta

Kedatangan saya ke Edmonton, Alberta pada bulan Mac yang lalu adalah kerana percutian musim sejuk. Akan tetapi, suami saya pula datang ke Edmonton kerana urusan kerja. Oleh kerana di pertengahan minggu suami saya mendapat satu hari cuti, maka kami melakukan perancangan di minit terakhir untuk ke Taman Negara Pulau Elk yang terletak lebih kurang 49 kilometer dari Edmonton. Kami keluar dari hotel pada sebelah pagi dan masa pemanduan hanya mengambil masa 40 minit sahaja. Melalui maklumat yang saya baca, taman negara ini merupakan ‘rumah’ kepada haiwan bison. Walaupun kami sudah pernah melihat bison liar di Amerika Syarikat, tetapi kami tetap…

Leave a Comment

Taman Negara Theodore Roosevelt North Dakota

Pemanduan pada hari seterusnya ialah dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana. Nampaknya kami menerima ‘bonus’ kerana di dalam pemanduan itu kami dapat singgah di sebuah Taman Negara yang terletak bersebelahan dengan lebuh raya sahaja. Jarak Taman Negara Theodore Roosevelt ialah 60 kilometer. Sebelum tiba di Taman Negara, kami dapat melihat banyak bison di tepi jalan, manakala di kawasan perkarangan Taman Negara juga kami dapat melihat najisnya yang sangat besar. Saya ada kongsika dua gambar najis bison di bawah ini. Saya telah membeli beberapa cenderamata termasuk paspot Taman Negara Amerika Syarikat. Walaupun sebelum ini sudah banyak Taman Negara yang…

Leave a Comment