Skip to content

Tag: yvr

Penerbangan Dari Edmonton Ke Vancouver

Ini ialah artikel terakhir mengenai percutian saya di Edmonton, Alberta, Kanada pada musim sejuk tahun 2023. Di sini saya kongsikan gambar-gambar sewaktu di dalam penerbangan pulang ke Vancouver. Cuaca di Edmonton pada hari itu sangat baik. Walaupun sejuk tetapi terang benderang sehinggalah apabila hampir mendarat di Vancouver di mana hujan mulai turun. Anda boleh baca semuar artikel mengenai percutian saya di Edmonton melalui link di bawah ini. Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6504 Elk Island National Park, Albertahttps://sheryonthemove.com/?p=6525 Restoran Halal Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6554 TownePlace Suites by Marriott Edmonton Southhttps://sheryonthemove.com/?p=6585 Restoran Indonesia Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6618 Musim Sejuk Di Edmontonhttps://sheryonthemove.com/?p=6633 Element by Westin Edmonton Westhttps://sheryonthemove.com/?p=6656

Leave a Comment

Penerbangan Dari Vancouver Ke Edmonton

Artikel ini ialah mengenai penerbangan yang saya naiki dari Vancouver ke Edmonton pada hari pertama percutian musim sejuk bulan Mac 2023. 13 Mac 2023Saya tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Vancouver pada jam 1:00 tengah hari dengan suhu 6 darjah Celsius. Dalam keadaan cuaca yang terang benderang, selepas beberapa minit berlepas, saya berpeluang melihat keindahan pusat bandar Vancouver dari tingkap pesawat. Kemudian pemandangan beralih pula dengan melihat gunung ganang yang diselaputi salji tebal sehinggalah mendarat di Edmonton. Cuaca di Edmonton berbeza dengan di Vancouver kerana suhu sewaktu mendarat ialah -15 darjah Celsius dan juga mendung. Walaupun pada petang itu salji tidak…

Leave a Comment

Penerbangan Dari Vancouver Ke Phoenix

Hari Pertama (28 Oktober 2022)Hari ini ialah hari pertama kembara Amerika Syarikat (AS) bagi saya dan suami pada bulan Oktober dan November 2022. Jika anda pembaca kerap laman web dan penonton kerap saluran You Tube saya, anda pasti tahu yang kami biasanya memulakan kembara berkereta (road trip) di USA bermula dari Vancouver, Kanada. Walau bagaimanapun ramai yang tidak tahu bahawa kami tidak melakukan road trip pada musim sejuk kerana musim ini tidak sesuai untuk melakukan pemanduan jarak jauh. Musim sejuk yang saya maksudkan ialah bermula dari musim luruh kerana pada musim luruh salji sudah mulai turun terutamanya di kawasan pergunungan.…

Leave a Comment

Penerbangan Vancouver Ke Calgary

6 Jun 2022Saya mengambil penerbangan pada 6 Jun 2022 dari Vancouver ke Calgary, Alberta kerana ingin meneruskan pemanduan kembara USA. Penerbangan awal pagi itu ialah pada jam 6:30 pagi. Saya tidak tidur semalaman kerana bukan mudah untuk tidur awal pada malam berikutnya dan bangun seawal 2:00 pagi untuk bersiap dan ke lapangan terbang. Saya mengambil perkhidmatan Uber untuk ke lapangan terbang dan sebaik sahaja sampai di sana, saya terkejut melihat di dalam bangunan terminal yang sudah sesak dengan bakal penumpang. Saya tiba pada jam 3:30 pagi, dan tentunya penumpang lain sudah datang lebih awal dari saya. Walaupun saya telah melakukan…

Leave a Comment