Skip to content

Socorro, New Mexico

Hari Ketiga (30 Oktober 2022)
Artikel ini ialah mengenai hari ketiga kembara berkereta USA bulan Oktober & November 2022. Pemanduan bermula dari Albuquerque menuju ke Las Cruces, New Mexico dengan jarak antara dua buah bandar ialah 359 kilometer. Saya tidak ceritakan keseluruhan kembara hari ketiga di dalam satu artikel kerana banyak tempat yang saya dan suami singgah di sepanjang pemanduan itu.

Anda boleh baca artikel pemanduan hari pertama dan hari kedua kembara melalui link di bawah ini.
Hari Pertama Vancouver Ke Phoenix
https://sheryonthemove.com/?p=5810

Hari Kedua Tempe Ke Winslow
https://sheryonthemove.com/?p=6019

Hari Kedua Winslow Ke Albuquerque
https://sheryonthemove.com/?p=6106

Hari Ketiga Banyak Kapal Terbang Letak Di Luar Rumah
https://sheryonthemove.com/?p=6225

Hari Ketiga Hentian Rehat Seperti Chalet
https://sheryonthemove.com/?p=6253

Socorro ialah sebuah bandar kecil yang terletak di negeri New Mexico. Jarak antara Socorro dan Albuquerque ialah 122 kilometer. Populasi penduduk di sini tidak ramai dan ia dianggarkan lebih kurang 8,553 orang sahaja. Saya dan suami singgah sebentar di bandar ini sewaktu pemanduan dari Albuquerque menuju ke Las Cruces. Oleh kerana kami datang pada pagi hari Ahad, maka persekitaran di tengah bandar ini sangat sunyi. Kami dapat juga mengambil beberapa gambar sebelum meneruskan pemanduan.

Dari Socorro, kami menempuh pula sebuah lagi bandar yang diberi nama San Antonio. Jarak antara Socorro dan San Antonio ialah 18 kilometer. Sewaktu saya menulis artikel ini baharu saya mendapat tahu bahawa pengasas rangkaian hotel terkenal dunia (hotel Hilton) iaitu Conrad Nicholson Hilton Sr. lahir pada 25 Disember 1887 di San Antonio.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *