Skip to content

Hentian Rehat Seperti Chalet

Hari Ketiga (30 Oktober 2022)
Artikel ini ialah mengenai hari ketiga kembara berkereta USA bulan Oktober & November 2022. Pemanduan bermula dari Albuquerque menuju ke Las Cruces, New Mexico dengan jarak antara dua buah bandar ialah 359 kilometer. Saya tidak ceritakan keseluruhan kembara hari ketiga di dalam satu artikel kerana banyak tempat yang saya dan suami singgah di sepanjang pemanduan itu.

Anda boleh baca artikel pemanduan hari pertama dan hari kedua kembara melalui link di bawah ini.
Hari Pertama Vancouver Ke Phoenix
https://sheryonthemove.com/?p=5810

Hari Kedua Tempe Ke Winslow
https://sheryonthemove.com/?p=6019

Hari Kedua Winslow Ke Albuquerque
https://sheryonthemove.com/?p=6106

Hari Ketiga Banyak Kapal Terbang Letak Di Luar Rumah
https://sheryonthemove.com/?p=6225

Semasa di dalam pemanduan dari Albuquerque ke Las Cruces, saya dan suami singgah sebentar di sebuah hentian rehat di La Joya. Tujuan utama kami membuat persinggahan ialah hanya untuk ke tandas tetapi tempat ini menarik perhatian kami untuk mengambil gambar.

Inilah pertama kali kami melihat tempat rehat unik seperti resort di tepi laut. Di sini terdapat banyak pondok seperti chalet yang menggalakkan pengguna jalan raya berhenti berehat atau berkelah sambil menikmati pemandangan yang mendamaikan. Tandas pula diletakkan di pertengahan antara pondok-pondok itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *