Skip to content

Tag: indiana

Indianapolis – Ibu Negeri Indiana

13 Jun 2022Indianapolis ialah ibu negeri bagi negeri Indiana. Saya dan suami sudah banyak kali datang ke Indianapolis tetapi sewaktu pemanduan dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois, kami singgah sebentar ke bangunan perundangan negeri yang terletak di pusat bandar Indianapolis. Para pelawat boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam berbayar di kawasan yang berdekatan. Bangunan perundangan negeri Indiana sama sahaja seperti bangunan perundangan negeri Ohio. Ia tidak begitu menarik perhatian saya kerana lokasi di dalam pusat bandar yang sibuk dan pintu masuk utama yang tidak begitu tersergam. Kawasan perkarangan di bahagian pintu utama tidak luas dan terlalu dekat…

Leave a Comment

Indianapolis, Indiana

11 Jun 2022Pemanduan ini bermula pada awal pagi dari Detroit, Michigan menuju ke Columbus, Ohio dengan jarak 357 kilometer. https://sheryonthemove.com/?p=3112. Selepas membuat persinggahan di pusat bandar Columbus dan melawat ke bangunan perundangan negeri, https://sheryonthemove.com/?p=3070 kami menyambung pemanduan ke Indianapolis, Indiana dengan jarak 283 kilometer. Negeri Indiana sudah biasa kami pergi sewaktu kami menetap di Chicago, Illinois dan kami selalu juga melawat sepupu suami (Hana Tajudin) yang menetap di Indianapolis. Selepas kami berpindah ke Kanada, kami jarang pula melawat mereka dan kali terakhir kami datang ke Indianapolis ialah pada tahun 2015. Dari petang hingga ke malam, hujan lebat tidak berhenti-henti. Kami…

Leave a Comment

Merentasi 5 Negeri Dalam Satu Hari (Bahagian 2)

Artikel ini ialah bahagian kedua. Link saya letakkan di bawah ini untuk membaca keseluruhan cerita dari artikel bahagian pertama. https://sheryonthemove.com/?p=2812 Gambar satu dan dua dari atas dirakamkan di Portage manakala gambar ketiga pula di Michigan City, Indiana. Selepas itu baharu kami memasuki negeri Michigan dan terus ke pusat khidmat pelancongan berserta hentian rehat pertama bagi negeri itu yang terletak di New Buffalo. Terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi di pusat khidmat pelancongan ini. Lebih menarik, para pelancong boleh mendapat beg plastik percuma untuk letakkan segala maklumat dan peta yang diambil. Beg plastik yang saya maksudkan bukan sebarang beg plastik kosong…

Leave a Comment

Merentasi 5 Negeri Dalam Satu Hari (Bahagian 1)

9 Jun 2022Hari ke-4 merupakan pemanduan paling panjang dalam satu hari untuk kembara USA bulan Jun 2020. Pemanduan ini akan merentasi lima buah negeri iaitu Minnesota, Wisconsin, Illinois, Indiana dan Michigan. Jika mengikut jarak dari hotel di Minnesota sehingga ke hotel yang saya dan suami menginap di Michigan, jumlahnya ialah 1138 km. Oleh kerana saya dan suami dapat tidur awal pada malam sebelumnya, maka kami dapat bangun awal dan memulakan pemanduan seawal yang boleh. Inilah kelebihan apabila hari siang yang panjang kerana kami dapat menunaikan sembahyang subuh yang awal dan bertolak pada jam 4:20 pagi.Saya mula rakamkan gambar apabila hari…

Leave a Comment