Skip to content

Tag: route 66

Pemanduan Dari Winslow Ke Albuquerque

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Anda akan ketinggalan sekiranya tidak baca dari artikel pertama. Link artikel pertama diletakkan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6019 Hari Kedua (29 Oktober 2022) Dari Winslow, pemanduan diteruskan ke Holbrook yang mengambil masa 35 minit sahaja. Holbrook juga pernah kami lawati pada kembara berkereta tahun 2015. Walau bagaimanapun tempat ini wajib dilawati berkali kali. Sekiranya anda berminat untuk datang ke Holbrook, jangan lupa berhenti dan mengambil gambar di Wigwam Motel. Keunikan motel ini ialah kerana reka bentuk luarannya yang berbentuk kon tiga segi. Ia sebenarnya diberi nama tipi. Perkataan tipi berasal dari bahasa kaum asli Amerika. Pada…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Tempe Ke Winslow

Hari Ke-2 (29 Oktober 2022)Kembara hari kedua ialah pemanduan dari Tempe, Arizona menuju ke Albuquerque, New Mexico. Jarak antara kedua buah bandar ialah 660 kilometer dan jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama 6 jam 30 minit (bergantung waktu trafik semasa). Oleh kerana kami berhenti beberapa kali di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan, maka saya terpaksa bahagikan artikel ini kepada dua bahagian. Untuk artikel ini ia mengenai pemanduan dari Tempe ke Winslow, Arizona. Pemanduan kami bermula dari hotel Double Tree by Hilton Tempe pada jam 5:50 pagi. Anda boleh baca artikel mengenai hotel ini melalui link di bawah.https://sheryonthemove.com/?p=5981…

Leave a Comment

Barstow, California (Route 66)

10 Ogos 2022Ini ialah artikel mengenai pemanduan hari kesepuluh kembara berkereta (road trip) USA untuk bulan Ogos 2022. Pemanduan pada 20 Ogos bermula dari Las Vegas, Nevada menuju ke Sacramento, California. Anda boleh baca artikel sebelum ini melalui yang saya sertakan di bawah. https://sheryonthemove.com/?p=4651 Sebelum ini saya dan suami kerap juga pandu lalu di Barstow atau berhenti untuk mengisi minyak kereta tetapi inilah baharu pertama kali kami berhenti dan mengambil gambar di beberapa tempat di dalam sebahagian bandar Barstow yang terletak di jalan raya bersejarah Route 66. Mural-mural di sini menarik perhatian saya kerana ia memberikan banyak maklumat bertulis dan…

Leave a Comment

Pontiac, Illinois -Route 66

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya di mana saya telah melawat ke dua pekan kecil (Lincoln dan Atlanta) yang terletak di dalam jalan raya bersejarah Route 66. Artikel mengenainya boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3438 Sebelum ini saya hanya mendengar nama Pontiac kerana ada kereta yang namanya sama. Saya pasti anda juga pernah dengar akan kereta Pontiac buatan dari Amerika Syarikat. Kini saya berada di Pontiac, Illinois yang terkenal kerana jalan Route 66. Di sini juga terdapat beberapa muzium yang wajib dilawati oleh pelancong. Tanpa dirancang, saya dan suami melawat ke salah satu muzium yang menyimpan sejarah Route 66. Petugas…

Leave a Comment

Lincoln & Atlanta, Illinois – Route 66

14 Jun 2022Pemanduan kembara pada hari ke-8 ialah dari Springfield menuju ke Peoria, Illinois. Sebenarnya jika memandu tanpa henti, waktu pemanduan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja dengan jarak antara kedua buah negeri ialah 120 kilometer. Tetapi oleh kerana kami menggunakan banyak jalan lama bersejarah Route 66, maka jarak dan masa pemanduan lebih sedikit dari yang asal. Pekan kecil pertama yang disinggahi ialah Lincoln. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2022 ialah seramai 13, 058 orang. Tarikan utama pelancong (road side attraction) untuk datang ke bandar ini ialah terdapat patung gergasi Presiden Abraham Lincoln yang sedang…

Leave a Comment