Skip to content

Tag: tigard

Courtyard by Marriott Portland Tigard

Courtyard by Marriott Portland Tigard merupakan hotel penginapan saya pada musim sejuk yang lalu. Walaupun ini pertama kali saya dan suami menginap di hotel ini, tetapi saya pasti banyak pengubahsuaian telah dilakukan kerana rangkaian Courtyard by Marriott yang lama (sewaktu logo lama) mempunyai reka bentuk luar bangunan serta hiasan dalaman yang berbeza. Saya menyukai bilik rehat (lounge) kerana ianya bersaiz besar, banyak tempat duduk dan tetamu boleh meluangkan masa dengan melakukan beberapa aktiviti di situ. Pemandangan di luar bilik rehat juga begitu sedap mata memandang kerana pada minggu kedatangan saya itu memang salji sangat tebal. Anda boleh tonton video penuh…

Leave a Comment

Snow Day Di Oregon, Amerika Syarikat

23 Februari 2023Seperti kebiasaan, perancangan untuk pergi mengembara atau bercuti kemana-mana pasti saya dan suami lakukan pada minit-minit terakhir. Begitu juga pada pagi hari 23 Februari di mana tiba-tiba suami mengajak untuk pergi ke Portland, Oregon. Setelah melihat cuaca di sana dalam keadaan baik, kami mula mencari hotel penginapan dan seterusnya mengemas pakaian yang cukup untuk tiga hari dua malam. Kami melepasi sempadan darat antarabangsa lebih kurang jam 3:00 petang. Seperti yang saya katakan tadi, cuaca memang baik di sepanjang pemanduan.Akan tetapi, sebaik sahaja masuk ke bandar Portland, kami begitu terkejut sehingga tidak terkata apa-apa. Salji yang ada di sepanjang…

Leave a Comment

Las Vegas-Medford-Salem-Vancouver

Artikel ini ialah mengenai dua hari terakhir kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos/September 2022. Anda boleh baca artikel sebelum ini bagi mendapatkan keseluruhan dan rumusan penuh kembara. Link diletakkan di bawah ini.San Francisco Ogos/September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=4927 Las Vegas September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=5097Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport https://sheryonthemove.com/?p=5099 7 September 2022Pemanduan hari kelapan bermula pada jam 4:45 pagi dari Las Vegas menuju ke Medford, Oregon dengan jarak 1201 kilometer yang dikira dari hotel di Las Vegas hingga ke hotel di Medford. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 12 jam 20 minit. Bagi pemanduan saya dan suami pula…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Portland Tigard

Walaupun saya dan suami sudah banyak kali menginap di rangkaian hotel Hampton Inn & Suites by Hilton di Amerika Syarikat, namun inilah pertama kali kami dapat bermalam di hotel yang baharu dibuka dan dirasmikan. Lebih dari itu, ini juga merupakan pertama kali kami bermalam di rangkaian hotel Hampton Inn yang terbesar yang belum pernah kami menginap di AS sebelum ini. Salah satu yang menarik perhatian saya ialah lokasinya kerana ia terletak jaun sedikit dari kesibukan jalan raya besar dan tidak bercampur dengan mana-mana bangunan perniagaan yang lain. Tempat meletak kenderaan percuma sangat besar dan luas dan ia mempunyai dua bahagian…

Leave a Comment

Sacramento, Ke Vancouver, Kanada

11 Ogos 2022Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Untuk mendapatkan maklumat penuh dari awal, sila klik link di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=4716 Pemanduan hari kesebelas bermula dari Sacramento, California menuju ke Tigard, Oregon dengan jarak antara Sacramento dan hotel penginapan saya di Tigard ialah 921 kilometer. Di dalam gambar pertama, anda dapat lihat kesan selepas kebakaran hutan di bahagian pergunungan. Cuaca memang agak panas pada hari itu dan pemanduan berjalan lancar kecuali di satu bahagian di kawasan pergunungan di mana terdapat kerja-kerja pembaikan jalan. Majoriti kenderaan yang tersangkut disitu ialah kenderaan berat. Sewaktu berhenti lama akibat kesesakan itu, saya dan suami dapat…

Leave a Comment