Skip to content

Courtyard by Marriott Portland Tigard

Courtyard by Marriott Portland Tigard merupakan hotel penginapan saya pada musim sejuk yang lalu. Walaupun ini pertama kali saya dan suami menginap di hotel ini, tetapi saya pasti banyak pengubahsuaian telah dilakukan kerana
rangkaian Courtyard by Marriott yang lama (sewaktu logo lama) mempunyai reka bentuk luar bangunan serta hiasan dalaman yang berbeza.

Saya menyukai bilik rehat (lounge) kerana ianya bersaiz besar, banyak tempat duduk dan tetamu boleh meluangkan masa dengan melakukan beberapa aktiviti di situ. Pemandangan di luar bilik rehat juga begitu sedap mata memandang kerana pada minggu kedatangan saya itu memang salji sangat tebal.

Anda boleh tonton video penuh yang saya rakamkan di hotel ini di dalam saluran You Tube Shery On The Move. Link video saya sertakan di bahagian bawah.
https://youtu.be/BWfZJMCoAM8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *