Skip to content

Tag: road trip usa

Pemanduan Dari Tempe Ke Winslow

Hari Ke-2 (29 Oktober 2022)Kembara hari kedua ialah pemanduan dari Tempe, Arizona menuju ke Albuquerque, New Mexico. Jarak antara kedua buah bandar ialah 660 kilometer dan jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama 6 jam 30 minit (bergantung waktu trafik semasa). Oleh kerana kami berhenti beberapa kali di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan, maka saya terpaksa bahagikan artikel ini kepada dua bahagian. Untuk artikel ini ia mengenai pemanduan dari Tempe ke Winslow, Arizona. Pemanduan kami bermula dari hotel Double Tree by Hilton Tempe pada jam 5:50 pagi. Anda boleh baca artikel mengenai hotel ini melalui link di bawah.https://sheryonthemove.com/?p=5981…

Leave a Comment

Mojave & Sacramento, California

Artikel ini bersambung dari bahagian yang sebelumnya. Saya sarankan anda baca dahulu artikel sebelum ini untuk mendapatkan maklumat dan gambaran penuh. Link diletakkan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4675 10 Ogos 2022Pemanduan hari kesepuluh bagi kembara berkereta (road trip) bulan Ogos 2022 bermula dari Las Vegas, Nevada menuju ke Sacramento, California. Di bahagian sebelum ini saya telah kongsikan gambar-gambar pada pemanduan awal pagi. Pada sebelah tengah hari kami singgah di Mojave. Sudah berpuluh kali saya dan suami pandu lalu Mojave di lebuh raya yang bersebelahan dengannya tetapi inilah pertama kali kami masuk ke bandar Mojave untuk meninjau kapal-kapal terbang yang sudah bersara yang…

Leave a Comment

San Francisco & Las Vegas | Ogos 2022

Ini ialah artikel kembara berkereta (road trip) USA bagi bulan Ogos 2022 untuk hari pertama, kedua dan ketiga. 1 Ogos 2022Pemanduan dari Vancouver, Kanada bermula seawal jam 2:00 pagi. Gambar yang saya rakamkan di hadapan pintu apartment saya ialah pada jam 1:59 pagi. Pemanduan hari pertama kembara ialah dari Vancouver ke San Francisco. Jarak antara kedua buah bandar yang dikira dari rumah saya menuju ke hotel penginapan saya di San Francisco ialah 1,537 kilometer. Cuaca pada hari itu mendung, hujan dan berawan tetapi berbeza pula apabila berada di bahagian utara negeri California kerana jerebu dan asap tebal akibat dari kebakaran…

Leave a Comment

Kilang Keju & Ais Krim Tillamook

12 Julai 2022 Tillamook ialah jenama keju dan ais krim yang terkenal di Amerika Syarikat. Kilang pembuatan keju dan ais krim itu terletak di Tillamook, Oregon. Lawatan saya ke kilang keju di Tillamook, Oregon ialah pada hari kedua kembara USA (road trip) bulan Julai 2022. Ini merupakan pengalaman kali kedua saya melawat ke kilang keju dan yang pertama ialah di Margaret, River, Australia Barat pada tahun 2008. Kilang yang saya pergi di Margaret RIver sangat kecil tetapi berbeza dengan kilang keju Tillamook. Di sini para pelawat boleh melihat dengan jelas proses pembuatan keju dan mereka boleh membaca langkah demi langkah…

Leave a Comment

Pemanduan Di Perairan Pantai Negeri Oregon (Bahagian 2)

12 Julai 2022Artikel ini bersambung dari bahagian satu. Sila baca dahulu artikel pertama melalui link di bawah ini sebelum anda menyambung bacaan artikel kedua ini.https://sheryonthemove.com/?p=4328. Selepas melawat ke kilang keju Tillamook, saya dan suami menyambung pemanduan yang bakal menerujakan saya iaitu memandu di perairan pantai Lautan Pasifik. Saya sangat menyukai dan merindui lautan besar, persisir pantai berserta bunyi deruan ombak ia mendamaikan mendamaikan. Jika diberi pilihan untuk bercuti di kawasan pergunungan atau kawasan pantai, tentunya saya akan memilih kawasan pantai atau pulau. Di Vancouver, Kanada mempunyai keistimewaan juga kerana mempunyai gunung, pantai dan pulau dalam satu bandar tetapi pantainya tidak…

Leave a Comment

Pemanduan Vancouver Ke Portland

11 Julai 2022Artikel kali ini ialah mengenai kembara USA bulan Julai 2022. Hari pertama pemanduan ialah dari Vancouver menuju ke Portland, Oregon. Jarak antara kedua buah bandar ini yang dikira dari rumah saya sehingga ke Portland ialah 500 kilometer dan jika memandu tanpa henti ia mengambil masa lebih kurang lima jam 15 minit. Bagi pemanduan yang saya dan suami lakukan pula, kami tidak mengejar masa atau terburu-untuk sampai ke Portland. Oleh kerana cuaca yang baik, kami telah memandu mengikut jalan dalam (tidak menggunakan lebih raya) dari Fairhaven sehingga ke ,Washington. Memandu di lereng gunung sambil melihat pemandangan laut memang sangat…

Leave a Comment

Buffalo Ke Great Falls (Bahagian 2)

18 Jun 2022Artikel ini bersambung dari bahagian satu. Semua pengenalan dan cerita mengenai pemanduan dari Buffalo, Wyoming ke Great Falls, Montana ini telah saya tulis di dalam artikel bahagian pertama. Sila baca artikel itu melalui link yang saya berikan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4117 Anda juga boleh tonton video tiga hari terakhir kembara USA bulan Jun 2022 di dalam saluran You Tube saya. Linknya saya letakkan di bawah ini.https://youtu.be/GWtw2HIQk8k

Leave a Comment

Buffalo Ke Great Falls (Bahagian 1)

18 Jun 2022Pemanduan hari ke-13 kembara USA bulan Jun 2022 ialah dari Buffalo, Wyoming menuju ke Great Falls, Montana dengan jarak 615 kilometer. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 5 jam 50 minit. Pada hari itu saya dan suami bersiar-siar dahulu di dalam pusat bandar Buffalo dan kemudian baharu ke Great Falls. Link artikel mengenainya saya letakkan di sini.https://sheryonthemove.com/?p=3972 Apabila memasuki sahaja sempadan negeri Montana, kami sudah berada di tanah asal milik kaum asli Amerika iaitu puak Crow Reservation. Gambar lapan dari atas yang saya muat naik ialah papan tanda selamat datang ke negeri Montana dan gambar di…

Leave a Comment

Buffalo, Wyoming

Buffalo ialah sebuah bandar kecil yang terletak di kaki gunung (Bighorn Mountains) di negeri Wyoming, Amerika Syarikat. Walaupun bandar kecil tetapi ia menjadi tumpuan pelancong kerana kedudukan Buffalo boleh dikatakan pertengahan antara dua buah Taman Negara. Jarak Buffalo dengan Tugu Peringatan Negara Gunung Rushmore ialah 327 kilometer dan jarak Buffalo dengan Taman Negara Yellowstone ialah 426 kilometer. Gambar-gambar di bawah dirakamkan bermula dari perkarangan hotel sehingga ke pusat bandar. Seperti yang pernah saya beritahu sebelum ini, lagi kecil bandar yang dilawati, lagi banyak tempat serta pemandangan menarik yang ingin saya rakamkan gambarnya. Negeri Wyoming bukan sahaja terkenal dengan negeri cowboys…

Leave a Comment