Skip to content

Tag: montana

Pemanduan Dari Havre Ke Jamestown

7 Jun 2022Oleh kerana hari sebelumnya kami terlalu letih dan tidak cukup tidur, maka kami tidur awal dan pagi esoknya juga kami bangun awal. Selepas mengambil minuman panas di ruang makan (sarapan pagi percuma) di hotel Best Western Plus Great Northern Inn, Havre, kami memulakan pemanduan hari kedua sebelum jam 6:30 pagi. https://sheryonthemove.com/?p=2684 Hujan tidak berhenti dari tengah malam sehingga ke pagi. Kami memandu di jalan yang boleh dikatakan agak pendalaman. Walaupun menempuhi banyak kampung dan pekan kecil tetapi keseluruhan pemandangan ialah ladang-ladang. Setelah hampir tiga jam pemanduan pertama, baharu ada McDonalds’s dan kami singgah sebentar untuk sarapan pagi. Sebenarnya…

Leave a Comment

Best Western Plus Great Northern Inn, Havre, Montana

Tidak banyak hotel rangkaian besar di Havre, Montana. Mujurlah ada Best Western Plus Great Northern Inn kerana suami saya juga merupakan ahli bagi rangkaian hotel ini. Saya tidak mempunyai masalah atau aduan sepanjang penginapan sebaliknya banyak pujian yang ingin diberi. Hotel ini cukup serba serbinya termasuk keperluan asas di dalam bilik. Tempat meletakkan kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma turut dihidangkan. Bahagian lobi agak kecil tetapi tetap cantik dengan hiasan dan pihak hotel turut menjual cenderamata, makanan serta minuman ringan. Mesin pencetak juga turut disediakan untuk kemudahan tetamu. Saya menyukai ruang makan hotel ini yang besar dan pilihan…

Leave a Comment

Sambungan Pemanduan Dari Dickinson Ke Great Falls

Artikel ini ialah sambungan dari bahagian 1. Artikel mengenainya boleh anda baca melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=2510 Tinggal lebih kurang 149 kilometer sebelum tiba di Great Falls, kami singgah di sebuah stesen minyak di Moore yang terletak di tepi simpang besar yang di sekelilingnya hanya terdapat ladang. Sebaik sahaja keluar dari kereta, saya dapat menghidu dengan kuat bau najis lembu atau kambing. Saya masuk ke stesen minyak kerana ini menggunakan tandas. Dari luar nampak bangunannya agak kecil tetapi saya tidak menyangka di dalamnya terdapat restoran dan kedai menjual cenderamata, minuman serta makanan ringan. Masuk di kedai ini memang terasa seperti berada…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Dickinson Ke Great Falls

Jarak pemanduan dari Dickinson, North Dakota ke Great Falls, Montana ialah 866 kilometer mengikut lebuh raya I-94. Kami berkesempatan singgah sebentar di Taman Negara Theodore Roosevelt yang terletak di tepi lebuh raya sahaja. https://sheryonthemove.com/?p=2477 Dari Taman Negara pemanduan teruskan menggunakan lebuh raya yang sama sehingga ke Billings, dan kemudian dari Billings kami mengikut jalan pendalaman. Pemanduan dari Billings ke Great Falls begitu menarik kerana kami memandu menempuhi beberapa perkampungan dan pekan ‘koboi’. Artikel ini terpaksa saya bahagikan kepada dua bahagian kerana terlalu banyak gambar yang ingin saya kongsikan. Lagi pendalaman tempat yang kami pandu, lagi banyak gambar yang dirakamkan. Itulah…

Leave a Comment

Home2 Suites by Hilton Helena, Montana

Ini merupakan pertama kali saya dan suami menetap di rangkaian hotel Hilton Home2 Suites. Hotel ini berkonsep minimalis seperti Tru by Hilton tetapi berbeza sedikit dari segi keluasan bilik kerana di sini biliknya lebih besar dan turut mempunyai dapur. Oleh kerana masih lagi musim bunga yang selalu dituruni salji, maka pihak hotel telah meletakkan pelbagai peralatan mencuci salji di hadapan pintu masuk bagi memudahkan tetamu hotel sekiranya mereka ingin keluarkan kereta dari tempat meletak kereta. Ada dua perkara yang menarik perhatian saya mengenai Home2 Suites iaitu di dalam bilik mempunyai langsir. Ia sesuai sekiranya tetamu yang mahu tidur tetapi tidak…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Helena Ke Sweet Grass, Montana

Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662. Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass. Melalui maklumat yang saya cari, jumlah penduduk di sini yang dikira pada tahun 2018 ialah hanya 58 orang sahaja. Jarak antara Helena dan Sweet Grass ialah dianggarkan 332 kilometer dengan menggunakan lebuh raya I-15 N. Kami merentasi gunung ganang dan kemudian hanya jalan raya yang…

Leave a Comment

Great Falls, Montana

Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar dengan beberapa kapal terbang yang di pamerkan di tepi jalan. Tempat ini juga terletak tidak jauh dari pintu masuk Air National Guard. Anda boleh lihat gambarnya tiga dari bawah artikel ini. Mengikut bancian sehingga tahun 2020, jumlah penduduk di Great Falls ialah seramai 60,442 orang.…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Salt Lake City Ke Helena

Terdapat dua laluan sekiranya ingin melakukan pemanduan dari Salt Lake City, Utah ke Helena, Montana. Apabila berada di Idaho Falls, di situlah pemandu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pemanduan menggunakan I-15 N atau US-20 E. Biasanya pemandu memilih lebuh raya I-15 N kerana lebih cepat. Jaraknya ialah 779 kilometer dari Salt Lake City. Bagi pemanduan pada hari itu, saya dan suami membuat persinggahan sebanyak empat kali termasuk untuk mengisi minyak kereta. Ini merupakan pertama kali saya menggunakan lebuh raya ini menuju ke Helena. Saya pernah ke Helena pada tahun 2015 tetapi pemanduan adalah dari arah timur iaitu dari Chicago.…

Leave a Comment