Ini merupakan pertama kali saya dan suami menetap di rangkaian hotel Hilton Home2 Suites. Hotel ini berkonsep minimalis seperti Tru by Hilton tetapi berbeza sedikit dari segi keluasan bilik kerana di sini biliknya lebih besar dan turut mempunyai dapur.
Oleh kerana masih lagi musim bunga yang selalu dituruni salji, maka pihak hotel telah meletakkan pelbagai peralatan mencuci salji di hadapan pintu masuk bagi memudahkan tetamu hotel sekiranya mereka ingin keluarkan kereta dari tempat meletak kereta.
Ada dua perkara yang menarik perhatian saya mengenai Home2 Suites iaitu di dalam bilik mempunyai langsir. Ia sesuai sekiranya tetamu yang mahu tidur tetapi tidak mahu menutup lampu dapur atau bilik air. Seperkara lagi, mesin mencuci pakaian diletakkan bersama di dalam bilik gimnasium.
Di bahagian lobi terdapat dua buah komputer dan di satu sudut lain pula disediakan tempat di mana tetamu boleh menikmati minuman panas pada bila-bila masa sahaja. Sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari. Waktu hidangan berbeza antara hari bekerja dan hujung minggu. Anda boleh rujuk waktunya di dalam salah satu gambar yang saya kongsikan di bawah ini.
Video yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/Z3KB_nS_H_U
Video yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery On The Move.