Skip to content

Pemanduan Dari Vancouver Ke Edmonton

Kali terakhir saya dan suami memandu dari Vancouver, British Columbia ke Edmonton, Alberta ialah pada musim panas tahun lalu. Untuk tahun ini pula pemanduan dilakukan pada musim bunga. Pemandangan di sepanjang perjalanan tentunya sedikit berbeza berbanding tahun lalu kerana musim bunga masih kerap lagi dituruni salji di kawasan pergunungan. Pemandangan yang indah ialah di Coquiahalla, Mount Robson dan di Jasper. Jumlah jarak pemanduan dari rumah saya ke hotel di Edmonton ialah 1232 kilometer.

Video yang dirakamkan di sepanjang pemanduan boleh anda tonton di saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/Cx9bzRleNl4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *