Salah satu rangkaian hotel Marriott kegemaran saya ialah Residence Inn. SKonsep Residence Inn sama seperti rumah atau apartment. Ia juga turut dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu. Faktor keluasannya yang membuatkan saya senang setiap kali dapat bermalam di mana-mana Residence Inn. Di Salt Lake City, sekali lagi kami memilih untuk bermalam di Residence Inn. Lokasinya juga strategik kerana terletak di dalam pusat bandar. Di dalam mana-mana artikel mengenai hotel sebelum ini, saya jarang memberikan komen negatif. Tetapi sekiranya ia tidak memuaskan, saya tidak akan berselindung. Perkara yang paling saya kecewa dengan pihak pengurusan ialah mereka tidak menyediakan sabun mandi dan…
Leave a CommentTag: hotel
Suami saya memang gemar memilih hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang. Apabila ingin bermalam di Fresno, beliau sengaja mencari hotel yang berdekatan dengannya. Sementelah beliau merupakan ahli Marriott Bonvoy, maka secara kebetulan memang ada sebuah hotel Marriott di sana. Hotel ini bagus dan cukup serba serbinya. Malangnya kami tidak dapat luangkan waktu yang lama. Kami tiba di hotel pada awal hari Ahad iaitu jam 12:16 pagi dan membuat daftar keluar sekitar jam 10:00 pagi. Sarapan pagi percuma turut disajikan kepada para tetamu setiap hari. https://www.marriott.com/default.mi
Leave a CommentHilton Garden Inn Seattle North/Everett terletak lebih kurang 39 kilometer dari pusat bandar Seattle. Kelebihan hotel ini ialah ia berdekatan dengan kilang Boeing serta berhadapan dengan Lapangan Terbang Paine Field dan Boeing Future Of Flight. Ini merupakan pertama kali saya dan suami menginap di hotel ini walaupun kami sudah banyak kali lalu di hadapannya kerana kami kerap pergi ke Boeing Future Of Flight. Suami juga telah membuat permintaan untuk mendapatkan bilik yang berhadapan dengan landasan lapangan terbang. Saya menyarankan supaya anda tidak menginap di sini kecuali kerana terpaksa atau sudah mempunyai pilihan terakhir. Sebagai tetamu kerap hotel Hilton, penginapan kali…
Leave a Comment