Kenangan paling manis saya pada musim panas tahun 2022 ialah apabila saya berpeluang berjumpa dengan salah seorang ahli politik terkenal Kanada iaitu Pierrie Poilievre. Perjumpaan pada 29 Ogos itu ialah bersempena dengan kempen beliau untuk bertanding sebagai ketua Parti Konservatif Kanada (Conservative Party Of Canada). Beliau pernah datang ke Vancouver beberapa bulan sebelum kempen bulan Ogos tetapi saya tidak dapat hadir kerana majlis itu diadakan pada waktu malam yang tidak sesuai dengan jadual saya. Pada kali kedua beliau datang ke sini baharu saya dapat hadir dan kebetulan suami saya juga bercuti pada hari itu. Majlis berkempen dan meet and greet…
Leave a CommentMonth: December 2022
Pada hari kedua terakhir dan malam terakhir kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos/September 2022, saya dan suami bermalam di Medford, Oregon. Artikel mengenai hari kedua dan terakhir kembara berkereta telah disiarkan dan anda boleh baca artikel itu melalui link di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=5190 Kami memilih untuk bermalam di Homewood Suites by Hilton yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Medford. Rangkaian Homewood Suites ini sedikit berbeza dari Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport yang kami menginap sebelum datang ke Medford. Anda juga boleh baca artikel dan melihat gambar-gambar Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport dengan klik sahaja link…
Leave a CommentArtikel ini ialah mengenai dua hari terakhir kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos/September 2022. Anda boleh baca artikel sebelum ini bagi mendapatkan keseluruhan dan rumusan penuh kembara. Link diletakkan di bawah ini.San Francisco Ogos/September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=4927 Las Vegas September 2022 https://sheryonthemove.com/?p=5097Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport https://sheryonthemove.com/?p=5099 7 September 2022Pemanduan hari kelapan bermula pada jam 4:45 pagi dari Las Vegas menuju ke Medford, Oregon dengan jarak 1201 kilometer yang dikira dari hotel di Las Vegas hingga ke hotel di Medford. Jika pemanduan dilakukan tanpa henti, ia mengambil masa 12 jam 20 minit. Bagi pemanduan saya dan suami pula…
Leave a Comment