Pertama sekali saya ingin panjatkan rasa syukur kerana sekali lagi Allah panjangkan umur saya dan dapat lagi bernafas di bumiNya ini. Yang kedua pula, setiap tahun pada 26 November, saya pasti akan menelefon ibu saya. Beliau ialah wanita hebat yang melahirkan saya anak ke sepuluh dalam keluarga. Buat pertama kalinya tahun ini dan tahun-tahun akan datang saya tidak dapat lagi mendengar suara ibu saya mengucapkan selamat hari ulang tahun. Kali terakhir beliau berikan ucapan ialah pada 25 November tahun lalu (waktu di Kanada tetapi di Malaysia sudah pun 26 November).
Tahun ini saya meraikan ulang tahun dengan kakak angkat saya. Tarikh lahir beliau ialah 18 November. Gabungan umur kami membuatkan sambutan agak istimewa kerana ia adalah yang ke-100 tahun! Walaupun saya menjemput beliau datang ke rumah, tetapi beliau tidak tahu yang saya ada membuat beberapa kejutan lain seperti contoh dekorasi latar belakang untuk bergambar dan juga kek ais krim. Kisah sepenuhnya boleh anda tonton melalui video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-40 yang telah disiarkan di saluran You Tube; https://youtu.be/ngbw9hIp8x4;
Terima kasih kepada Kak Ros dan Kak Elva yang sudi datang serta memberikan saya hadiah. Terima kasih juga kepada semua yang memberikan ucapan kepada saya. Jangan lupa tonton video sempena hari ulang tahun saya yang disiarkan bahagian 1 terlebih dahulu; https://youtu.be/ngbw9hIp8x4
Life Begins At 40. Syukur Alhamdulilah.