Setelah 22 bulan saya tidak ke Amerika Syarikat, akhirnya pada 3 Disember 2021 saya kembali semula ke sana. Ia juga merupakan international trip pertama saya sejak pandemik bermula. Waktu agak terhad tetapi sudah memadai untuk beberapa hari sahaja. Saya dan suami hanya habiskan masa kami di Seattle dan beberapa kawasan lain di sekitarnya di mana ia adalah tempat yang biasa kami pergi sebelum ini.
Antara salah satu tempat yang saya pergi ialah ke restoran kegemaran iaitu Red Lobster. Sebelum pandemik saya pernah sekali menikmati hidangan di Red Lobster di Kanada, manakala sejak pandemik saya menikmati hidangan di Red Lobster di Kanada sebanyak dua kali. Malangnya rasa makanan tidak sesedap Red Lobster di Amerika Syarikat.
Selain itu, saya juga berpeluang berjumpa buat pertama kali dengan sahabat saya yang juga seorang You Tuber terkenal dari Malaysia. Beliau menetap di Amerika Syarikat setelah berkahwin dengan pemuda tempatan. Kami berkenalan melalui Instagram lebih kurang tujuh atau 8 bulan yang lalu. Video sepanjang saya di Seattle dan sewaktu berjumpa dengan sahabat saya boleh anda tonton di saluran You Tube saya. Alamatnya saya letakkan di sini. https://youtu.be/3NC-VJ2EgOY