Skip to content

Tag: edmonton

Home2 Suites by Hilton West Edmonton

Oleh kerana sudah jatuh hati dengan Home2 Suites di Helena, Montana, https://sheryonthemove.com/?p=1896 maka sekali lagi saya dan suami memilih rangkaian hotel ini sewaktu kami berada beberapa hari di Edmonton. Bilik di sini sedikit kecil berbanding di Helena. Hotel ini juga telah lama beroperasi tidak seperti di Helena yang masih baharu lagi memulakan perniagaan. Dua botol air yang diletakkan di dalam bilik yang diberikan percuma hanya untuk tetamu yang berstatus Diamond, Gold dan Silver sahaja. Sarapan pagi disediakan setiap hari secara percuma. Video yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN. https://youtu.be/gwhPd_RSA_g

Leave a Comment

Pemanduan Dari Vancouver Ke Edmonton

Kali terakhir saya dan suami memandu dari Vancouver, British Columbia ke Edmonton, Alberta ialah pada musim panas tahun lalu. Untuk tahun ini pula pemanduan dilakukan pada musim bunga. Pemandangan di sepanjang perjalanan tentunya sedikit berbeza berbanding tahun lalu kerana musim bunga masih kerap lagi dituruni salji di kawasan pergunungan. Pemandangan yang indah ialah di Coquiahalla, Mount Robson dan di Jasper. Jumlah jarak pemanduan dari rumah saya ke hotel di Edmonton ialah 1232 kilometer. Video yang dirakamkan di sepanjang pemanduan boleh anda tonton di saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/Cx9bzRleNl4

Leave a Comment