Jika pemanduan dari Fresno, California ke Las Vegas, Nevada dibuat tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ia dikira sehingga hotel penginapan saya yang berdekatan dengan lapangan terbang. Bagi pemanduan saya dan suami pula, ia mengambil masa 7 jam termasuk kami berhenti tiga kali iaitu untuk mengisi minyak kereta di Tulare, California, membeli minuman di Tehachapi, California dan persinggahan terakhir ialah di Primm iaitu sempadan negeri Nevada hanya untuk ke tandas. Walaupun kami telah banyak kali menggunakan laluan perjalanan yang sama dari Fresno ke Las Vegas, tetapi ini merupakan pertama kami kami singgah ke Tehachapi, California. Pada…
Leave a CommentMonth: April 2022
Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca artikel ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk melaksanakan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Bermula pada petang 1 April 2022 iaitu satu hari sebelum masuknya bulan puasa, keadaan emosi saya sudah terganggu. Ia terganggu bukan kerana hal negatif tetapi sebaliknya kerana hal-hal positif. Sukar untuk saya ceritakan bagaimana perasaan teruja saya untuk menyambut bulan Ramadan pada tahun ini. Perasaan ini sangat berbeza berbanding beberapa tahun kebelakangan ini terutama pada tahun 2019 di mana tahun itu keadaan kesihatan mental…
Leave a CommentSaya dan suami datang dan menginap di Fresno adalah kerana satu sebab. Jika bukan sebab ini, kami akan menamatkan pemanduan hari pertama lebih awal sedikit iaitu kami boleh bermalam di Sacramento. Sebab utama ialah saya ingin berjumpa dengan seorang pengikut Instagram saya yang dikenali sejak beberapa tahun yang lalu iaitu Jaafar. Walaupun kami kerap berhubung melalui Instagram, tetapi pertemuan ini merupakan yang pertama buat kami berdua. Oleh kerana kembara ini dirancang last minute, maka saya beritahu untuk berjumpa dengan beliau juga sudah lewat malam. Mujurlah beliau tidak bekerja pada hujung minggu, jadi saya dapat mengagak yang pertemuan kami mungkin akan…
Leave a Comment