Memori ini telah 10 tahun berlalu, tetapi percayalah bahawa ia seperti baharu sangat terjadi. Pada 16 Mac 2012, buat pertama kalinya saya dapat merasai menaiki pesawat komersil terbesar dunia iaitu A380 milik QANTAS Airways.
Ia juga merupakan penerbangan yang membawa saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Amerika Syarikat. Pada waktu itu suami saya telah beberapa bulan bekerja di sana tetapi saya datang agak lewat sedikit daripada beliau.
Penerbangan itu sangat panjang dan mengambil masa lebih kurang dua hari termasuk transit. Bermula dari Melbourne, kemudian ke Los Angeles, Denver dan berakhir di Farmington. Selepas tiba di Los Angeles, ia juga pengalaman pertama kali saya menaiki dua kapal terbang berbeza dari dua syarikat penerbangan Amerika Syarikat iaitu American Airlines dan Great Lakes Airlines.
16 Mac 2012 menyimpan memori terindah di mana di dalam hari yang sama beberapa pengalaman pertama kali telah saya lalui. Bermula dari tarikh itu, Amerika Syarikat telah mendapat tempat di hati dan menjadi rumah saya dan suami. Cerita penuh mengenainya pernah saya siarkan di dalam artikel blog Terjemahan Hati. https://sharery.blogspot.com/2012/04/dari-australia-ke-amerika-syarikat.html