Skip to content

Pemanduan 20 Jam Vancouver Ke Fresno, California

Sejak pandemik bermula dan sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat ditutup, saya dan suami tidak dapat melakukan kembara berkereta jarak jauh.

Apabila sempadan telah dibuka, kami berkesempatan pergi ke Seattle pada bulan Disember yang lalu. Pemanduan ke Seattle hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. Walaupun kami berpuas hati dapat melepaskan rindu terhadap Seattle dan bermalam di sana, tetapi pemanduan itu sangat singkat. Ia masih lagi tidak kami anggap sebagai kembara.

Pada 19 Mac yang lalu, akhirnya kami telah melakukan kembara dan pemanduan jarak jauh. Kali terakhir kami lakukannya ialah pada musim panas tahun 2019. Seperti biasa, perancangan kembara yang kami lakukan ialah di minit-minit terakhir. Syukur, semuanya berjalan dengan lancar.

Pada hari pertama, kami bertolak dari rumah pada hari Sabtu jam 4:10 pagi. Setelah selesai urusan di sempadan antarabangsa, kami mulakan pemanduan dari Blaine, Washington dan bermalam di Fresno, California.

Jumlah pemanduan dari rumah sehingga ke hotel di Fresno, California ialah 20 jam termasuk kami melakukan beberapa persinggahan untuk mengisi minyak kereta dan makan malam di Sacramento.

Cuaca pada hari pertama pemanduan ialah hujan sepanjang hari. Kami ada menempuh beberapa kawasan yang tidak hujan tetapi ia hanya sementara sahaja. Persekitaran masih mendung dan berawan.

Biasanya apabila melakukan pemanduan jarak jauh, kami tidak makan berat atau makan tengah hari. Kami hanya akan makan malam sahaja. Pada sebelah malam kami singgah di Sacramento untuk makan malam sebelum meneruskan lagi pemanduan. Kami tiba di hotel di Fresno, California pada jam lebih kurang 12:10 pagi hari Ahad.

Video penuh pemanduan boleh anda tonton di saluran You Tube Shery On The Move; https://youtu.be/SCNYVuzyOK8

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *