Skip to content

8 Hari Di Las Vegas | August 2022

Artikel ini bersambung dari bahagian pertama. Sila baca artikel sebelumnya untuk mendapatkan maklumat penuh. https://sheryonthemove.com/?p=4587

4 Ogos 2022
Saya dan suami tiba di Las Vegas pada 3 Ogos iaitu hari ketiga kembara. Las Vegas sudah kami anggap seperti rumah kami juga, kerana itulah kami menghabiskan lapan hari melakukan aktiviti seperti penduduk tempatan. Ini bukan pertama kali kami melakukan aktiviti seperti penduduk tempatan tetapi sudah banyak kali kerana kami sudah berpuluh-puluh kali sudah datang ke Las Vegas.

Pada tengah hari saya dan suami makan di restoran makanan segera halal iaitu Dave’s Hot Chicken. Kemudian kami melakukan window shopping di pusat membeli belah yang jauh dari hiruk pikuk pelancong. Pada sebelah malam pula kami makan malam bersama keluarga angkat di restoran kegemaran iaitu Island Malaysian Cuisine (halal). Di kesempatan itu, kami menyambut belated birthday anak angkat yang ke-10 tahun dan advanced birthday untuk kakak angkat yang ke-50 tahun

5 Ogos 2022
Saya dan suami telah pergi ke sekolah anak angkat kami sempena persediaan kanak-kanak yang bakal kembali ke sekolah. 5 Ogos ialah hari Jumaat dan sekolah dibuka semula pada 8 Ogos bersamaan hari Isnin (cuti musim panas 3 bulan berakhir).

Pada sebelah petang kami telah menziarahi keluarga Pakcik Safion dan Aunty Jenny. Seperti kebiasaan, Aunty Jenny pasti menghidangkan pelbagai juadah yang penuh satu meja. Antara juadahnya ialah nasi dagang, kari daging, jelatah, kuih talam keladi, kuih seri muka dan popiah basah.

6 Ogos 2022
Seperti melakukan aktiviti bersama keluarga pada hujung minggu, saya dan suami mengikuti anak angkat yang menghadiri kelas taekwondo, kemudian kami makan tengah hari restoran India yang menghidangkan tosai terpanjang di dunia. Bagi hidangan pencuci mulut pula, kami telah ke membeli donut dan makan ais krim yang popular di Las Vegas.

7 Ogos 2022
Saya dan suami sekali lagi bersiar-siar di beberapa pusat membeli belah yang jauh dari tumpuan pelancong.

8 Ogos 2022
Hari ini ialah hari Isnin iaitu pertama pembukaan sekolah bagi semester baharu. Selepas anak angkat kami pergi ke sekolah, saya dan suami membawa Mami Fatima (nenek kepada anak angkat kami) keluar makan sarapan tengah hari (brunch).

9 Ogos 2022
Sekali lagi saya dan suami melakukan aktiviti seperti penduduk tempatan. Pada sebelah petang sekali lagi kami menghadiri kelas taekwondo anak angkat kami.

10 Ogos 2022
Hari kesepuluh kembara ialah pemanduan dari Las Vegas, Nevada menuju ke Sacramento, California. Pemanduan kami bermula pada jam 6:30 pagi. Oleh kerana musim panas, cuaca pada jam 6:30 pagi adalah sangat terang benderang seolah-olah sudah jam 9:00 pagi. Suhu di sepanjang kami berada di Las Vegas ialah dalam lingkungan 40 hingga 45 darjah Celsius.

Akibat dari masalah teknikal, saya tidak dapat siarkan gambar-gambar yang dirakamkan pada 6,7,8, dan 9 Ogos. Gambar-gambar itu telah hilang di dalam simpanan saya. Saya pernah siarkan banyak gambar-gambar itu di dalam IG Story pada bulan Ogos yang lalu. Satu lagi berita baik ialah, saya telah kongsikan gambar-gambar dan video bagi keseluruhan lapan hari di Las Vegas di dalam video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-72. Mujurlah saya berjaya siarkan awal iaitu pada bulan September yang lalu. Sila tonton video penuh ini di dalam saluran You Tube Shery On The Move yang linknya saya letakkan di bawah ini.
https://youtu.be/GWDrhPatRrg

2 Comments

  1. Anonymous Anonymous

    Terima kasih Sherry. Dah tak sabar nak gi nih !!!

    • Sama-sama. Heheh, satu bulan dua minggu lagi. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *