Sudah tidak terkira berapa banyak kali saya dan suami telah menjamu selera di restoran Chilli House di Langley, British Columbia. Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah dirakamkan sewaktu kedatangan paling terkini iaitu pada 24 Februari 2022.
Walaupun logo halal tidak dipaparkan di restoran tetapi pihak pengurusan memang membeli daging dan ayam yang halal. Bukan saya sahaja tetapi ramai penduduk di Vancouver yang mengetahuinya. Sekiranya ingin membuat pengesahan, anda boleh hubungi restoran sendiri.
http://www.chilihouserestaurant.ca/index.html