Skip to content

Selamat Hari Wanita Sedunia

Umum sedia maklum yang Hari Wanita Sedunia disambut setiap tahun pada 8 Mac. Ia diraikan bagi mengangkat martabat atau prestasi wanita di dalam bidang sosial, ekonomi, budaya dan politik. Hari Wanita Sedunia juga dianggap sebagai salah satu tonggakan di dalam kepentingan kesaksamaan.

Walaupun setiap tahun saya memberikan ucapan yang sama kepada para wanita di luar sana, tetapi sambutan tahun ini saya rasakan amat berbeza kerana ia memberikan kesan mendalam kepada diri saya. Tanpa disedari, banyak perkara positif yang berlaku ke atas diri saya di dalam tempoh satu tahun kebelakangan ini.

Pakaian dan selendang : As-Salamu Alaikum Canada
Juru gambar : Chris Frykberg

Ada beberapa perkara yang akan saya huraikan di dalam artikel akan datang. Tetapi buat masa ini apa yang boleh saya simpulkan di sini ialah, saya sangat berbangga dengan usaha saya di dalam membantu dan bekerjasama dengan badan-badan swasta demi untuk kepentingan dan kesejahteraan masyarakat tempatan. Saya juga telah bekerjasama dengan beberapa pengusaha dan pemilik perniagaan sekaligus ia telah mengembangkan kerjaya saya sebagai seorang model. Siapa lagi yang berhak memuji dan berbangga dengan diri sendiri jika bukan diri kita yang lakukannya? Maka kerana itulah saya berbangga dengan pencapaian peribadi saya sekarang ini.

Nasihat saya kepada para wanita semua, walau apa sahaja perkara yang anda ingin lakukan, ia perlu datang dengan minat semulajadi. Kemudian tanamkan 100% keyakinan di dalam diri. Apabila sudah mendapat keyakinan serta kekuatan mental, baharu usaha itu akan datang. Kesemua ini perlu dilakukan dengan ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan dan pujian dari orang lain.

Dengan izin Tuhan, usaha kita akan membuahkan hasil atau mendapat perhatian orang lain tanpa kita sangka. Ingatlah, kehidupan kita sehari-hari ibarat roda. Nasib baik kita tidak selalunya di atas, tetapi kita perlu sentiasa yakin dan teruskan berdoa.

Selamat Hari Wanita Sedunia! 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *