Skip to content

Fairfield Inn & Suites by Marriott Fresno Yosemite International

Suami saya memang gemar memilih hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang. Apabila ingin bermalam di Fresno, beliau sengaja mencari hotel yang berdekatan dengannya. Sementelah beliau merupakan ahli Marriott Bonvoy, maka secara kebetulan memang ada sebuah hotel Marriott di sana.

Hotel ini bagus dan cukup serba serbinya. Malangnya kami tidak dapat luangkan waktu yang lama. Kami tiba di hotel pada awal hari Ahad iaitu jam 12:16 pagi dan membuat daftar keluar sekitar jam 10:00 pagi. Sarapan pagi percuma turut disajikan kepada para tetamu setiap hari.

https://www.marriott.com/default.mi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *