Skip to content

Reunion Hari Pertama Di Las Vegas

Setelah 2 tahun 9 bulan saya dan suami tidak datang ke Las Vegas gara-gara pandemik dan sempadan antarabangsa ditutup, akhirnya pada bulan Mac 2022 kami kembali semula memeriahkan salah satu bandar kegemaran kami.

Salah satu sebab mengapa kami suka dan kerap datang ke Las Vegas (beberapa kali setahun pasti akan datang) ialah kami mempunyai keluarga yang tidak mempunyai pertalian darah. Dua buah keluarga yang telah kami anggap seperti keluarga sendiri.

Walaupun sepanjang hampir tiga tahun ini kami tidak berjumpa secara bersemuka, namun mereka mengetahui dan mengikuti perkembangan kesihatan mental dan proses pemulihan saya. Terima kasih kepada alam maya yang menghubungikan kami dua negara.

Perasaan terharu ini jugalah antara yang bercampur baur dan memainkan perasaan saya sewaktu di dalam pemanduan ke Las Vegas sehari sebelumnya. Ia telah saya ceritakan di dalam artikel sebelum ini. https://sheryonthemove.com/?p=1236

Pada hari pertama di Las Vegas, kami telah makan tengah hari bersama Mami Fatima dan Masrina. Kami menikmati hidangan buffet di salah sebuah restoran halal di sana. Restoran ini pernah saya kunjungi pada tahun 2017. Kedatangan kali ini juga turut menggembirakan saya dan suami kerana kami dapat melihat anak angkat kami yang pulang dari sekolah. Kali terakhir kami berada di Las Vegas pada tahun 2019, anak angkat kami masih belum lagi berada di alam persekolahan. Ketinggian beliau juga hampir menyamai kami berdua.

Di kesempatan yang sama, kami melawat keluarga Aunty Jenny dan Pakcik Safion. Oleh kerana mereka berdua demam dan tidak sihat, maka kami berbual dari luar rumah sahaja bersama anak-anak dan cucu mereka. Terima kasih kepada Jihan dan Melo kerana telah berikan banyak buah tangan. Semoga rezeki kalian juga sentiasa tidak putus, InsyaAllah.

Video kekecohan kami apabila dapat bertemu semula pada hari pertama di Las Vegas akan saya siarkan di dalam video ruangan Shery NN Berbicara yang ke-45 tidak lama lagi. Saya sarankan anda subscribe saluran You Tube saya dan sila aktifkan notifikasi. https://www.youtube.com/c/SheryNN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *