Saya dan suami memilih hotel ini kerana lokasinya yang sangat strategik. Ia terletak di pertengahan antara pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat, iaitu Mall Of Amerika https://sheryonthemove.com/?p=2407
dan Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis St. Paul.
Bilik hotel agak kecil sedikit tetapi tetap selesa kerana bilik baharu dinaik pulih termasuk bilik air sekali. Perabot, permaidani, katil dan bantal juga ditukar baharu. Tidur saya pun sangat selesa dengan bantal-bantal empuk itu. Ada satu yang menarik perhatian saya di dalam bilik air itu botol syampunya yang seakan seperti botol minyak wangi. Walaupun saya tidak boleh menggunakan syampu hotel, tetapi saya bawa pulang botol itu kerana mungkin akan diisikan dengan cecair lain.
Kolam renang dan ruang tempat duduk juga sangat besar. Ia terletak bersebelah dengan pusat perniagaan, pusat kecergasan dan bilik mesin basuh serta mesin pengering. Sarapan pagi disediakan percuma dan tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran.