Skip to content

Pemandangan Portland Dari Atas Bukit

14 Julai 2022
Destinasi hari keempat kembara berkereta ialah melihat pemandangan bandar Portland dari atas bukit dan kemudian saya dan suami memandu semula ke Seattle, Washington. Selepas daftar keluar hotel, kami pandu lalu di pusat bandar Portland dan seterusnya ke Rocky Butte Park. Saya menjumpai tempat ini apabila membuat carian di Google sewaktu bermalam di hotel TownePlace Suite by Marriott Portland Beaverton. Artikel mengenai hotel ini boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=4247

Sewaktu artikel ini ditulis, saya baharu mendapat tahu bahawa tempat ini kurang popular berbanding beberapa lagi bukit yang membentangkan pemandangan bandar Portland. Saya tidak tahu mengapa ia kurang popular tetapi apa yang boleh saya katakan tempat ini masih selamat dan berdekatan dengan kawasan perumahan.

Memandu menaiki bukit ini memberikan kami perspektif bagaimana penduduk tempatan melihat pemandangan indah dari tingkap atau pintu rumah mereka setiap hari. Pendek kata, penduduk di kawasan bukit ini ialah orang berada.

Pelawat yang datang ke Rocky Butte Park boleh melihat pemandangan pusat bandar Portland, Lapangan Terbang Antarabangsa Portland, Sungai Columbia yang juga sungai yang memisahkan antara dua buah negeri iaitu negeri Oregon dan Washington dan yang terakhir ialah mereka boleh melihat tiga buah gunung bersalji yang terletak di dua buah negeri yang saya sebutkan tadi.

Saya telah tunjukkan dengan lebih dekat berserta penerangan untuk semua tempat-tempat tadi melalui video yang saya rakamkan sewaktu di Rocky Butte Park. Video itu telah saya siarkan di saluran You Tube di dalam playlist ruangan Shery NN Berbicara. Sila klik link yang diletakkan di sini. https://youtu.be/gT0YRfpIj34

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *