Artikel ini ialah mengenai hari keempat kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos dan September 2022. Untuk mendapatkan cerita penuh, anda perlu baca artikel terdahulu iaitu mengenai empat hari pertama kembara. Link diletakkan di bawah ini. https://sheryonthemove.com/?p=4927
3 September 2022
Selepas tiba di Las Vegas pada awal petang, saya dan suami sempat lagi berehat dan tidur dahulu di hotel. Kemudian kami makan malam di restoran pizza Giordano’s. Untuk maklumat anda, restoran ini terkenal di Chicago dan kami pernah beberapa kali makan di sana. Oleh kerana sudah lama saya tidak pergi ke Chicago, maka Giordano’s di Las Vegas dapat melepaskan rindu. Kali pertama saya makan di Giordano’s Las Vegas ialah pada tahun 2017 dan tahun ini merupakan kali kedua.


4 September 2022
Aktiviti pada hari Ahad ialah saya dan suami telah pergi makan tengah hari bersama kakak angkat kami iaitu Masrina dan kemudian kami menemani mereka pergi menembak. Ini merupakan kali keempat saya dan suami datang ke The Gun Store tetapi kali pertama bagi Masrina.
Walaupun saya dan suami kerap menginap di hotel tetapi selalunya kami tidak mempunyai masa untuk ke pusat kecergasan (gimnasium) atau mandi di kolam renang. Pada malam hari itu buat pertama kalinya saya mandi di kolam renang hotel dan saya tidak pernah lakukan aktiviti renang sejak saya berkahwin dengan suami saya pada 13 tahun yang lalu. Sebelum ini hanya saya sahaja yang menemani suami berenang di hotel.
Kali terakhir saya berenang ialah pada tahun 2009 iaitu semasa saya masih lagi bertugas sebagai pramugari di Malaysia. Jadi apabila di Las Vegas, saya hanya rendamkan badan sahaja. Dengan sedih dan kecewa saya nyatakan di sini bahawa saya sudak tidak boleh berenang.




5 September 2022
Setiap hari cuaca dan suhu di Las Vegas tersangat panas dengan suhu melebihi 40 darjah Celsius. Pada hari Isnin saya dan suami hanya bersiar-siar di kawasan yang kurang tumpuan pelancong. Itupun kami tidak habiskan banyak masa di kawasan luar kerana cuaca yang sangat panas.
Pada sebelah petang kami telah ke rumah Jihan untuk melawat beliau sekeluarga. Seperti biasa Aunty Jenny telah sediakan pelbagai hidangan antaranya ialah rojak mee dan nasi daging bersama air asam.











6 September

6 September 2022
Kami habiskan masa pada hari terakhir di Las Vegas dengan membeli beberapa lagi barangan keperluan, window shopping dan melawat keluarga angkat kami.

Selepas ini saya akan siarkan pula artikel mengenai hari kelapan dan kesembilan kembara berkereta (road trip) USA bulan Ogos/September 2022.