Ini merupakan penginapan kali kedua saya di hotel Homewood Suites by Hilton Las Vegas Airport. Kali pertama ialah pada tahun 2012 di mana pada waktu itu saya hanya rakamkan beberapa gambar sahaja. Kali ini saya mengambil peluang rakamkan banyak gambar dan video untuk rujukan para pembaca.
Tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi dihidangkan secara percuma setiap hari. Yang memeranjatkan saya ialah pilihan sarapan pagi yang terhad dan tidak banyak pilihan. Ia berbeza dengan Homewood Suites yang saya menginap di cawangan lain.