Setakat ini saya telah dua kali menjamu selera di Manjal South Indian Kitchen di Burnaby. Pertama kali ialah pada bulan Mac 2021 dan kali kedua pula pada bulan Februari 2022. Walaupun tidak dipaparkan logo halal, tetapi restoran ini membeli bekalan daging dan ayan halal. Ia telah diberitahu oleh pihak restoran di dalam menu mereka http://www.manjal.ca/menus/dine-in/
Pada kunjungan pertama kali, saya dan suami memesan vadai, dua jenis tosai berbeza (maaf saya lupa tosai apa) dan briyani ayam 65 (special 65 chicken). Pada kunjungan kedua pula, saya menikmati tosai ayam mentega (butter chicken) dan suami pula sekali lagi menikmati briyani ayam 65. Saya juga turut mencuba capati malangnya ia bukan capati yang diharapkan. Capati yang saya terima sama seperti roti canai tetapi tawar dan tidak berlemak.