Pemanduan dari Helena, Montana bermula awal pagi. Dari hotel, https://sheryonthemove.com/?p=1262, kami memandu terus dan berhenti sebentar di Great Falls. Artikel mengenai Great Falls telah saya siarkan sebelum ini https://sheryonthemove.com/?p=1662. Dari Great Falls, kami terus menuju ke sempadan darat antarabangsa USA dan Kanada. Pekan kecil terakhir yang ditempuhi sebelum tiba di bangunan imigesen ialah Sweet Grass….
Tag: montana
Great Falls, Montana
Great Falls terletak 148 kilometer dari ibu negeri Montana iaitu Helena. Ini merupakan persinggahan pertama sewaktu pemanduan yang dilakukan dari Helena menuju ke Calgary, Alberta, Kanada. Oleh kerana stesen minyak yang disinggahi hanya terletak berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Great Falls, maka kami pandu lalu di hadapan bangunan terminal dan berhenti seketika untuk mengambil gambar…
Pemanduan Dari Salt Lake City Ke Helena
Terdapat dua laluan sekiranya ingin melakukan pemanduan dari Salt Lake City, Utah ke Helena, Montana. Apabila berada di Idaho Falls, di situlah pemandu membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pemanduan menggunakan I-15 N atau US-20 E. Biasanya pemandu memilih lebuh raya I-15 N kerana lebih cepat. Jaraknya ialah 779 kilometer dari Salt Lake City. Bagi…
