Kami tiba di Lincoln, Nebraska pada sebelah malam setelah selesai pemanduan hari ke-10 kembara yang bermula dari Peoria, Illinois. Di sini saya letakkan artikel mengenainya; https://sheryonthemove.com/?p=3681 Hotel yang kami menginap ialah Hampton Inn & Suites Lincoln-Northeast-I80. Hotel ini menjadi pilihan kerana lokasinya yang strategik kerana bersebelahan dengan lebuh raya yang kami guna iaitu I-80. Ia juga terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Lincoln. Kami tidak mengalami sebarang masalah bermalam di hotel ini. Tempat meletak kereta tidak dikenakan bayaran dan sarapan pagi percuma dihidangkan setiap hari.
Leave a Comment