Hari Ketiga (30 Oktober 2022)Artikel ini ialah mengenai hari ketiga kembara berkereta USA bulan Oktober & November 2022. Pemanduan bermula dari Albuquerque menuju ke Las Cruces, New Mexico dengan jarak antara dua buah bandar ialah 359 kilometer. Saya tidak ceritakan keseluruhan kembara hari ketiga di dalam satu artikel kerana banyak tempat yang saya dan suami…
Author: Shery NN
Albuquerque, New Mexico
Selepas daftar masuk di hotel Hampton Inn by Hilton Albuquerque University/Midtown, https://sheryonthemove.com/?p=6173saya dan suami telah keluar semula untuk makan malam. Tetapi, sebelum itu kami singgah sebentar di gedung beli belah Target kerana suami ingin membeli cenderamata di Starbucks. Sudah banyak cawangan Target di serata Amerika yang pernah kami pergi, tetapi ini pertama kali kami melihat…
Hampton Inn Albuquerque University/Midtown
Lokasi hotel yang saya dan suami menginap di Albuquerque sangat strategik kerana ia terletak bersebelahan denga lebuh raya yang kami lalui. Oleh kerana Albuquerque ini sebuah bandar yang besar, maka tidak susah untuk mencari apa sahaja keperluan asas yang penting. Separuh gambar hotel saya rakamkan pada hari daftar masuk dan separuh lagi dirakamkan pada waktu…
Pemanduan Dari Winslow Ke Albuquerque
Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya. Anda akan ketinggalan sekiranya tidak baca dari artikel pertama. Link artikel pertama diletakkan di sini. https://sheryonthemove.com/?p=6019 Hari Kedua (29 Oktober 2022) Dari Winslow, pemanduan diteruskan ke Holbrook yang mengambil masa 35 minit sahaja. Holbrook juga pernah kami lawati pada kembara berkereta tahun 2015. Walau bagaimanapun tempat ini wajib dilawati…
Pemanduan Dari Tempe Ke Winslow
Hari Ke-2 (29 Oktober 2022)Kembara hari kedua ialah pemanduan dari Tempe, Arizona menuju ke Albuquerque, New Mexico. Jarak antara kedua buah bandar ialah 660 kilometer dan jika pemanduan dilakukan tanpa henti ia mengambil masa selama 6 jam 30 minit (bergantung waktu trafik semasa). Oleh kerana kami berhenti beberapa kali di tempat-tempat menarik di sepanjang perjalanan,…
Selamat Datang 2023
Di sini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2023 kepada semua pembaca dan pengikut Shery On The Move. Semoga anda semua jaga diri dengan menjaga dan seimbangkan kesihatan mental dan fizikal. Gambar di bawah dirakamkan pada 1 Januari 2023 di Steveston, British Columbia, Kanada. Selepas artikel ini, saya akan menyambung siar semula artikel mengenai kembara…
Double Tree by Hilton Tempe, Arizona
Hotel yang saya menginap pada hari pertama kembara ialah di Double Tree by Hilton di Tempe, Arizona. Yang menariknya tentang hotel ini ialah ia seperti sebuah resort di tepi pantai sedangkan hakikatnya ia terletak di dalam bandar besar. Selepas daftar masuk di lobi, kami keluar dari bangunan utama dan berjalan kaki menuju ke bangunan bilik…
Phoenix – Ibu Negeri Arizona
28 Oktober 2022PhoenixSelepas saya dan suami selamat mendarat di Phoenix dari Vancouver, kami telah melawat ke bangunan pentadbiran kerajaan negeri Arizona. Ia terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Phoenix Sky Harbor dan dianggarkan hanya 10 minit waktu pemanduan. Tidak ada istilah musim luruh di Phoenix kerana cuacanya yang panas dengan suhu lebih kurang 30…
Penerbangan Dari Vancouver Ke Phoenix
Hari Pertama (28 Oktober 2022)Hari ini ialah hari pertama kembara Amerika Syarikat (AS) bagi saya dan suami pada bulan Oktober dan November 2022. Jika anda pembaca kerap laman web dan penonton kerap saluran You Tube saya, anda pasti tahu yang kami biasanya memulakan kembara berkereta (road trip) di USA bermula dari Vancouver, Kanada. Walau bagaimanapun…
Musim Luruh Melawat Ladang Labu (2)
Artikel ini bersambung dari bahagian 1. Anda tidak akan mengetahui cerita keseluruhan jika tidak membaca dari bahagian sebelumnya. Sila klik link di bawah untuk membaca artikel bahagian 1 yang disiarkan pada 18 Disember 2022. Setiap pemegang tiket dapat membawa pulang sebiji labu percuma. Mereka boleh memilih apa sahaja saiz yang disukai. Untung bagi pengunjung yang…
