Hari ulang tahun perkahwinan saya yang ke-12 ialah pada 25 September, tetapi makan malam sempena meraikannya terpaksa ditangguhkan dua minggu kerana suami saya bertugas di luar kawasan. Restoran yang kami pergi ialah Ember Indian Kitchen di Steveston, iaitu 20 kilometer dari pusat bandar Vancouver. Sebaik sahaja mendapat meja dan tempat duduk, kami disapa oleh pemilik restoran dengan memberi Assalamualaikum. Di awal perbualan beliau sudah meyakinkan kami bahawa makanan di sini 100% halal dan beliau juga seorang Muslim. Saya dan suami memang sudah lama tahu yang restoran ini halal malah sebelum ini kami sudah banyak kali pandu lalu di hadapan restoran.…
Leave a CommentShery On The Move Posts
Hari Kesihatan Mental Dunia diadakan pada 10 Oktober setiap tahun dan buat pertama kali saya menyiarkan artikel mengenainya. Tidak semua orang berani atau mempunyai pengetahuan untuk tampil ke hadapan dalam memberi dan berbicara mengenai kesihatan mental. Saya sebagai mental health advocate, bertanggung jawab untuk menyumbang dan membantu dalam memberi kesedaran kepada umum. Sejak dari April 2019 dan sehingga kini saya masih menerima rawatan dari pakar profesional. Apa yang saya kongsi dan sampaikan adalah berdasarkan dari pengalaman saya sendiri. Semua orang mempunyai kesihatan mental cuma yang bezanya ialah tidak semua orang yang dapat mengenal pasti sekiranya mereka mempunyai masalah dan memerlukan…
Leave a CommentMusim luruh di Hemisfera Utara secara rasminya jatuh pada 22 September 2021. Inilah musim kegemaran saya berbanding tiga musim yang lain.Bulan September merupakan bulan kedua kegemaran saya selepas November kerana hari ulang tahun perkahwinan saya ialah 25 September. Selain itu, saya teruja kerana musim perlawanan hoki ais NHL juga bermula pada bulan ini. Selain itu, ada satu lagi penambahan yang membuatkan saya begitu gembira kerana bermula bulan ini iaitu sepanjang musim luruh, saya menghadiri kelas luncur ais. Kisah sepenuhnya mengenai kelas yang saya hadiri boleh anda tonton di saluran You Tube saya. di dalam ruangan Shery NN Berbicara yang ke-33.…
Leave a CommentSaya mula memberi kesedaran kesihatan mental di media sosial dan memakai riben hijau sejak dari tahun 2019 iaitu setelah saya mula mendapatkan rawatan dari pakar perubatan profesional. Tujuan utama saya dalam memberikan kesedaran ini ialah kerana kesedaran kesihatan mental masih kurang diberi pendedahan ditambah pula dengan halangan dari stigma. Apa itu stigma? Stigma ialah diskriminasi, tanggapan negatif dan prejudis masyarakat terhadap mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.Masalah kesihatan mental datang tidak mengenal umur, etnik, agama, warna kulit atau agama seseorang. Sesiapa sahaja boleh mengalaminya. Setiap manusia (dan haiwan) yang dilahirkan dengan adanya otak dan akal fikiran, pasti akan mengalami masalah…
Leave a CommentSelamat Datang Ke Shery On The Move! Alhamdulilah, akhirnya satu lagi pencapaian peribadi saya dapat dicapai pada tahun ini. Keputusan untuk beralih dari laman blogspot ke laman sesawang sendiri bukanlah mudah. Ia mengambil masa bertahun-tahun! Suami saya berkali-kali mencadangkan supaya beralih ke laman sesawang sendiri sejak dari lapan atau sembilan tahun lalu tetapi saya tidak hiraukan. Saya anggap agak remeh untuk memulakan laman web yang baharu. Seperkara lagi saya tidak mahu mengeluarkan wang untuk membeli domain sedangkan saya boleh menggunakan blogspot dengan percuma. Selain itu, faktor utama saya tidak berminat ialah saya berasa sayang untuk meninggalkan blog Terjemahan Hati yang…
9 Comments