Pelakon drama bersiri Full House iaitu Bob Saget telah meninggal dunia pada 9 Januari yang lalu. Mungkin pemergian beliau tidak terkesan sekiranya seseorang itu tidak pernah menonton drama bersiri itu. Tetapi bagi saya pula, pemergian beliau dapat dirasai. Sewaktu saya kecil dahulu, saya ialah peminat setia drama bersiri Full House. Setiap hari apabila pulang dari…
Jumbo Grill Tandoor & Paan Halal Vancouver
Ini merupakan pertama kali saya dan suami datang ke Jambo Grill Tandoor & Paan House walaupun sebenarnya sudah banyak kali kami hanya pandu lalu di hadapan restoran sahaja. Kedatangan ini tidak menghampakan dan semestinya kami akan kembali lagi ke sini. Antara minuman dan makanan yang kami nikmati ialah; – Mombasa Ice Tea– Maji Pitcher –…
Selamat Hari Ulang Tahun ke-12 Blog Terjemahan Hati
Hari ini, pada 12 tahun yang lalu blog Terjemahan Hari dilahirkan di Perth, Australia Barat. Walaupun saya sudah lama mengimpikan untuk menulis, tetapi saya tidak pernah bersedia awal untuk memilih tajuk blog. Nama Terjemahan Hati dan alamat blogspot itu datang secara tidak langsung yang kebetulan saya ingin meluahan perasaan. Sejak beralih ke laman web sendiri…
Araya’s Place Vegan Thai
Araya’s Place Vegan Thai menyajikan 100% hidangan sayur-sayuran (vegetarian). Makanan yang saya dan suami nikmati ialah som tum, fried brussels sprouts, kai phad king, pineapple curry serta minuman pula ialah thai iced tea dan lime thai iced tea. Saiz hidangan makanan sangat besar dan berbaloi dengan harga. Kesemuanya sangat sedap dan yang paling tidak boleh…
Selamat Datang 2022
Saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2022 kepada semua yang membaca artikel ini. Saya berharap anda dapat terus bersama saya serta memberi sokongan di dalam apa sahaja perkara yang saya lakukan demi untuk kepentingan blog dan vlog saya. Tidak lupa juga, semoga urusan harian anda sentiasa dipermudahkan dan sukses selalu. Jaga diri, jaga kesihatan mental…
Selamat Tinggal 2021
Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai dalam beberapa minit lagi (sewaktu artikel ini ditulis). Tahun ini banyak memberikan saya kenangan manis berbanding kenangan pahit. Saya tidak sangka banyak perkara yang tidak pernah terlintas di fikiran atau perkara yang saya idam-idamkan selama ini tetapi rasakan mustahil dilakukan, telah pun saya lakukan pada tahun 2021. Pencapaian pertama yang…
White Christmas 2021
Tahun ini tanpa disangka-sangka Vancouver dapat merasai White Christmas setelah 13 tahun tidak merasainya! Setiap tahun kami di Vancouver pernah merasai salji turun sebelum atau selepas 25 Disember tetapi untuk mendapatkan White Christmas iaitu salji yang turun betul-betul pada 25 Disember adalah sangat jarang-jarang berlaku. Kali terakhir ialah pada tahun 2008. Salji lebat mulai turun…
Hilton Garden Inn Seattle North/Everett
Hilton Garden Inn Seattle North/Everett terletak lebih kurang 39 kilometer dari pusat bandar Seattle. Kelebihan hotel ini ialah ia berdekatan dengan kilang Boeing serta berhadapan dengan Lapangan Terbang Paine Field dan Boeing Future Of Flight. Ini merupakan pertama kali saya dan suami menginap di hotel ini walaupun kami sudah banyak kali lalu di hadapannya kerana…
Kembali Ke USA Setelah Hampir 2 Tahun Sejak Pandemik
Setelah 22 bulan saya tidak ke Amerika Syarikat, akhirnya pada 3 Disember 2021 saya kembali semula ke sana. Ia juga merupakan international trip pertama saya sejak pandemik bermula. Waktu agak terhad tetapi sudah memadai untuk beberapa hari sahaja. Saya dan suami hanya habiskan masa kami di Seattle dan beberapa kawasan lain di sekitarnya di mana…
Upacara Buka Hadiah Hari Ulang Tahun ke-40
Upacara membuka hadiah dilakukan beberapa hari selepas hari ulang tahun saya. Manakala suami pula berikan saya hadiah sangat lewat iaitu pada 11 Disember. Lebih menarik sekiranya anda tonton video penuh yang telah saya siarkan di saluran You Tube. Di dalam video ini juga saya tunjukkan persiapan sebelum majlis serta kisah sedih disebalik majlis yang saya…
