Saya begitu teruja dan gembira untuk kembali semula ke Las Vegas setelah hampir tiga tahun tidak ke sana. Di dalam waktu yang sama, hati, perasaan dan emosi saya bercampur baur. Saya tidak boleh lari dari mengingatkan tentang kedatangan terakhir saya ke Las Vegas pada bulan Jun 2019. Kedatangan saya ke Las Vegas pada tahun 2019…
Pemanduan Dari Fresno Ke Las Vegas
Jika pemanduan dari Fresno, California ke Las Vegas, Nevada dibuat tanpa henti, ia akan mengambil masa lebih kurang 6 jam. Ia dikira sehingga hotel penginapan saya yang berdekatan dengan lapangan terbang. Bagi pemanduan saya dan suami pula, ia mengambil masa 7 jam termasuk kami berhenti tiga kali iaitu untuk mengisi minyak kereta di Tulare, California,…
Selamat Datang Ramadan 2022
Saya ingin mengucapkan Salam Ramadan dan selamat berpuasa kepada semua muslimin dan muslimat yang membaca artikel ini. Semoga kita semua diberikan kesihatan mental dan fizikal yang baik untuk melaksanakan amal ibadat pada bulan yang mulia ini. Bermula pada petang 1 April 2022 iaitu satu hari sebelum masuknya bulan puasa, keadaan emosi saya sudah terganggu. Ia…
Fresno, California, USA
Saya dan suami datang dan menginap di Fresno adalah kerana satu sebab. Jika bukan sebab ini, kami akan menamatkan pemanduan hari pertama lebih awal sedikit iaitu kami boleh bermalam di Sacramento. Sebab utama ialah saya ingin berjumpa dengan seorang pengikut Instagram saya yang dikenali sejak beberapa tahun yang lalu iaitu Jaafar. Walaupun kami kerap berhubung…
Fairfield Inn & Suites by Marriott Fresno Yosemite International
Suami saya memang gemar memilih hotel yang berdekatan dengan lapangan terbang. Apabila ingin bermalam di Fresno, beliau sengaja mencari hotel yang berdekatan dengannya. Sementelah beliau merupakan ahli Marriott Bonvoy, maka secara kebetulan memang ada sebuah hotel Marriott di sana. Hotel ini bagus dan cukup serba serbinya. Malangnya kami tidak dapat luangkan waktu yang lama. Kami…
Restoran Halal Di Sacramento, California
Saya mencari restoran halal di Sacramento untuk makan malam sewaktu di dalam perjalanan pemanduan kembara dari Vancouver menuju ke Fresno, California. https://sheryonthemove.com/?p=1089 Kami telah menghabiskan masa lebih kurang 30 minit untuk keluar dari lebuh raya dan pusing di alamat yang dicari selama beberapa kali. Di dalam pusingan terakhir sebelum kami mengalah, baharu kami jumpa restoran…
Pemanduan 20 Jam Vancouver Ke Fresno, California
Sejak pandemik bermula dan sempadan antarabangsa antara Kanada dan Amerika Syarikat ditutup, saya dan suami tidak dapat melakukan kembara berkereta jarak jauh. Apabila sempadan telah dibuka, kami berkesempatan pergi ke Seattle pada bulan Disember yang lalu. Pemanduan ke Seattle hanya mengambil masa lebih kurang dua jam. Walaupun kami berpuas hati dapat melepaskan rindu terhadap Seattle…
Memori Terindah 2012
Memori ini telah 10 tahun berlalu, tetapi percayalah bahawa ia seperti baharu sangat terjadi. Pada 16 Mac 2012, buat pertama kalinya saya dapat merasai menaiki pesawat komersil terbesar dunia iaitu A380 milik QANTAS Airways. Ia juga merupakan penerbangan yang membawa saya menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke Amerika Syarikat. Pada waktu itu suami saya telah…
Hari Komanwel
Hari Komanwel disambut pada 14 Mac setiap tahun. Di dalam empat buah negara yang saya menetap, tiga daripadanya ialah negara Komanwel iaitu Malaysia, Australia dan Kanada. Empat gambar di atas dirakamkan pada bulan Februari 2011 sewaktu saya dan suami membuat lawatan di dalam bangunan parlimen di Canberra, iaitu ibu negara Australia.
Restoran Chilli House – Halal Langley
Sudah tidak terkira berapa banyak kali saya dan suami telah menjamu selera di restoran Chilli House di Langley, British Columbia. Gambar-gambar yang saya kongsikan di bawah dirakamkan sewaktu kedatangan paling terkini iaitu pada 24 Februari 2022. Walaupun logo halal tidak dipaparkan di restoran tetapi pihak pengurusan memang membeli daging dan ayam yang halal. Bukan saya…
