Impian saya dan suami untuk melawat ke masjid pertama dan tertua di Amerika Syarikat (AS) telah bertahun-tahun dipendamkan. iaitu setelah kami melawat ke gereja pertama di (tanah besar) AS pada 10 tahun lalu. Artikel mengenai lawatan ke gereja telah disiarkan di dalam blog lama saya. https://sharery.blogspot.com/search?q=santa+fe Walaupun kami kerap ke AS tetapi rezeki tidak menyebelahi kami untuk datang melawat ke masjid ini. Faktor utamanya ialah lokasi masjid itu sendiri. Ia terletak di tengah ladang-ladang di kawasan pedalaman di Ross, North Dakota. Tidak ada sesiapa yang akan datang ke Ross jika tidak bersebab termasuk kami juga. Ross ibarat seperti gurauan bahasa…
Leave a CommentShery On The Move Posts
Selepas sarapan pagi di hotel https://sheryonthemove.com/?p=2078, kami memulakan pemanduan menuju ke Ross, North Dakota, Amerika Syarikat (AS). Walaupun di dalam gambar anda lihat cuacanya terang benderang tetapi suhunya masih rendah serta angin kuat. Ini merupakan pertama kali kami memasuki sempadan antarabangsa Saskatchewan/North Dakota. Jarak dari hotel di Estevan ke North Portal iaitu pekan kecil terakhir sebelum sempadan ialah 38 kilometer. Sebelum ini kami sudah beberapa kali memandu di Saskatchewan dan jujur saya katakan, pemanduan sangat membosankan kerana majoriti kiri dan kanan lebuh raya hanya terbentang ladang dan ditambah lagi dengan keadaan jalan raya yang tidak sebagus di AS. Jadi apabila…
Leave a CommentSaya dan suami menginap satu malam di Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan kerana keesokkan harinya kami akan meneruskan pemanduan ke Amerika Syarikat. Walaupun Esteven ini bandar kecil yang paling hujung dengan sempadan antarabangsa, tetapi ia (bandar dan hotel saya menginap) sebenarnya sibuk dengan pengunjung luar yang datang untuk bekerja atau bersukan. Tidak ada rungutan yang ingin saya katakan mengenai hotel Best Western Plus Estevan Inn, Saskatchewan. Kemudahan asas untuk tetamu baik di lobi atau di dalam bilik semuanya cukup lengkap. Kami juga bermalam pada hari yang sama dengan beberapa pasukan hoki remaja yang datang dari luar sempena satu kejohonan…
Leave a CommentPemanduan dari Edmonton, Alberta menuju ke Estevan, Saskatchewan bermula pada jam 5:00 pagi dengan jarak 993 kilometer. Cuaca pada awal pagi adalah baik, kemudian apabila sudah memasuki Saskatchewan hujan turun dengan lebatnya. Pada waktu tengah hari mending dan kemudian baharu panas terik. Jika anda lihat gambar lima dari bawah, ia dirakamkan di sebuah rumah di Estevan. Cuba perhatikan betul-betul apa yang ditulis di atas bendera itu. Ini bukan pertama kali saya melihat tulisan itu tetapi sebelum ini ramai yang melekatkan pelekat di kereta. Secara peribadi, saya tidak membencikan orang yang mengibarkan bendera atau melekat pelekat. Mereka berhak bersuara dan saya…
Leave a CommentDickey’s Barbecue Pit merupakan restoran bbq bercawangan yang berpengkalan di Dallas, Texas. Perniagaan ini bermula pada tahun 1941 dan sehingga ke hari ini telah mempunyai ratusan cawangan. Tidak ada restoran dan menu halal di seluruh cawangan Dickey’s di USA tetapi yang ingin saya ceritakan di sini ialah cawangan pertama dan tunggal di Kanada yang 100% menunya halal. Dickey’s Barbecue Pit di Edmonton, Alberta baharu sahaja menjalankan perniagaan beberapa bulan lalu. Tepukan harus diberikan kepada pemilik cawangan ini yang bernama Muhammed Hussain. Anda boleh baca artikel mengenainya di sini. https://edmonton.ctvnews.ca/texas-style-barbecue-restaurant-to-open-canada-s-first-location-in-edmonton-1.5865705 Oleh kerana restoran ini ialah bercawangan, maka menunya perlu diseragamkan. Akan…
Leave a CommentSaya dan suami pasti menikmati makanan di Boarwalk Burgers setiap kali kami berada di Edmonton atau Calgary, Alberta. Restoran ini menyajikan 100% menu yang halal. Saya telah siarkan artikel mengenainya di dalam laman blog lama. https://sharery.blogspot.com/2020/10/makanan-halal-di-edmonton.html
Leave a CommentOleh kerana sudah jatuh hati dengan Home2 Suites di Helena, Montana, https://sheryonthemove.com/?p=1896 maka sekali lagi saya dan suami memilih rangkaian hotel ini sewaktu kami berada beberapa hari di Edmonton. Bilik di sini sedikit kecil berbanding di Helena. Hotel ini juga telah lama beroperasi tidak seperti di Helena yang masih baharu lagi memulakan perniagaan. Dua botol air yang diletakkan di dalam bilik yang diberikan percuma hanya untuk tetamu yang berstatus Diamond, Gold dan Silver sahaja. Sarapan pagi disediakan setiap hari secara percuma. Video yang dirakamkan di hotel ini boleh ditonton melalui saluran You Tube Shery NN. https://youtu.be/gwhPd_RSA_g
Leave a CommentKali terakhir saya dan suami memandu dari Vancouver, British Columbia ke Edmonton, Alberta ialah pada musim panas tahun lalu. Untuk tahun ini pula pemanduan dilakukan pada musim bunga. Pemandangan di sepanjang perjalanan tentunya sedikit berbeza berbanding tahun lalu kerana musim bunga masih kerap lagi dituruni salji di kawasan pergunungan. Pemandangan yang indah ialah di Coquiahalla, Mount Robson dan di Jasper. Jumlah jarak pemanduan dari rumah saya ke hotel di Edmonton ialah 1232 kilometer. Video yang dirakamkan di sepanjang pemanduan boleh anda tonton di saluran You Tube Shery On The Move. https://youtu.be/Cx9bzRleNl4
Leave a CommentIni merupakan pertama kali saya dan suami menetap di rangkaian hotel Hilton Home2 Suites. Hotel ini berkonsep minimalis seperti Tru by Hilton tetapi berbeza sedikit dari segi keluasan bilik kerana di sini biliknya lebih besar dan turut mempunyai dapur. Oleh kerana masih lagi musim bunga yang selalu dituruni salji, maka pihak hotel telah meletakkan pelbagai peralatan mencuci salji di hadapan pintu masuk bagi memudahkan tetamu hotel sekiranya mereka ingin keluarkan kereta dari tempat meletak kereta. Ada dua perkara yang menarik perhatian saya mengenai Home2 Suites iaitu di dalam bilik mempunyai langsir. Ia sesuai sekiranya tetamu yang mahu tidur tetapi tidak…
Leave a Comment