Skip to content

Shery On The Move Posts

Detroit, Michigan

10 Jun 2022Saya pasti ramai yang pernah mendengar nama bandar Detroit dan bandar ini sering dikaitkan dengan pelbagai jenayah. Pendek kata ramai yang mengatakan bandar ini tidak selamat. Saya juga sebelum ini pernah mendengar bermacam-macam perkara mengenai Detroit namun semua itu tidak mematahkan harapan atau perancangan sejak bertahun-tahun dahulu untuk melawat Detroit dan negeri Michigan secara keseluruhannya kerana saya tahu ada banyak tempat menarik dan bersejarah yang perlu dilawati. Satu hari sebelum ke Detroit baharu saya menggunakan Google Maps untuk melihat gambar pusat bandar Detroit yang terkini. Saya sangat terperanjat kerana apa yang saya bayangkan sebelum ini tidak sama langsung…

Leave a Comment

Kedai Domino’s Pizza Pertama Di Dunia

10 Jun 2022Kembara hari kelima masih lagi di negeri Michigan. Pada sebelah pagi saya dan suami memandu dari Detroit ke Lansing. Lansing merupakan ibu negeri bagi negeri Michigan. Artikel mengenai lawatan saya ke Lansing boleh anda baca melalui link ini. https://sheryonthemove.com/?p=2930 Dari Lansing, kami memandu pula ke Ypsilanti yang jarak antara kedua bandar ini ialah 122 km. Tujuan kami ke Ypsilanti hanyalah satu sebab sahaja iaitu ingin melawat ke kedai Domino’s Pizza pertama di dunia. Pada tahun 1960, Tom Monaghan dan abangnya James telah mengambil alih perniagaan kedai pizza DomiNick’s yang dimiliki oleh Dominick DeVarti di 507 West Cross St,…

Leave a Comment

Lansing – Ibu Negeri Michigan

10 Jun 2022Hari ke-5 kembara berkereta USA bulan Jun 2022 masih lagi di negeri Michigan. Saya dan suami bermalam di Tru by Hilton Sterling Heights Detroithttps://sheryonthemove.com/?p=2906 dan pada hari ini kami akan mengadakan day trip sahaja kerana kami akan pulang bermalam di hotel yang sama. Pemanduan pada pagi itu ialah menuju ke ibu negeri Michigan iaitu Lansing. Ia terletak 147 km dari hotel penginapan kami. Jarak dari pusat bandar Detroit pula ialah 164 km. Cuaca di sepanjang pemanduan juga agak baik, panas tetapi berangin. Sudah menjadi kewajipan saya dan suami untuk melawat di setiap ibu negeri dan bergambar di hadapan…

Leave a Comment

Tru By Hilton Sterling Heights Detroit

Rangkaian hotel Tru by Hilton tidak asing bagi saya dan suami. Pertama kali kami menginap di Tru by Hilton ialah di Las Vegas pada tahun 2018. Kemudian kami ada menginap lagi di beberapa hotel yang sama tetapi di bandar-bandar berbeza di Amerika Syarikat. Di Detroit, kami menginap di Tru by Hilton Sterling Heights yang terletak 37 kilometer dari pusat bandar Detroit. Tru by Hilton ialah berkonsepkan minimalis dan yang jelas dapat dilihat ialah bilik tidurnya. Setiap hotel Tru by Hilton mempunyai pusat kecergasan (gimnasium), sarapan pagi dan tempat meletak kenderaan percuma. Akan tetapi, kolam renang pula tidak terdapat di kesemua…

Leave a Comment

Merentasi 5 Negeri Dalam Satu Hari (Bahagian 2)

Artikel ini ialah bahagian kedua. Link saya letakkan di bawah ini untuk membaca keseluruhan cerita dari artikel bahagian pertama. https://sheryonthemove.com/?p=2812 Gambar satu dan dua dari atas dirakamkan di Portage manakala gambar ketiga pula di Michigan City, Indiana. Selepas itu baharu kami memasuki negeri Michigan dan terus ke pusat khidmat pelancongan berserta hentian rehat pertama bagi negeri itu yang terletak di New Buffalo. Terdapat banyak maklumat yang boleh diperolehi di pusat khidmat pelancongan ini. Lebih menarik, para pelancong boleh mendapat beg plastik percuma untuk letakkan segala maklumat dan peta yang diambil. Beg plastik yang saya maksudkan bukan sebarang beg plastik kosong…

Leave a Comment

Merentasi 5 Negeri Dalam Satu Hari (Bahagian 1)

9 Jun 2022Hari ke-4 merupakan pemanduan paling panjang dalam satu hari untuk kembara USA bulan Jun 2020. Pemanduan ini akan merentasi lima buah negeri iaitu Minnesota, Wisconsin, Illinois, Indiana dan Michigan. Jika mengikut jarak dari hotel di Minnesota sehingga ke hotel yang saya dan suami menginap di Michigan, jumlahnya ialah 1138 km. Oleh kerana saya dan suami dapat tidur awal pada malam sebelumnya, maka kami dapat bangun awal dan memulakan pemanduan seawal yang boleh. Inilah kelebihan apabila hari siang yang panjang kerana kami dapat menunaikan sembahyang subuh yang awal dan bertolak pada jam 4:20 pagi.Saya mula rakamkan gambar apabila hari…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Mall Of America

Saya dan suami memilih hotel ini kerana lokasinya yang sangat strategik. Ia terletak di pertengahan antara pusat membeli belah terbesar di Amerika Syarikat, iaitu Mall Of Amerika https://sheryonthemove.com/?p=2407dan Lapangan Terbang Antarabangsa Minneapolis St. Paul. Bilik hotel agak kecil sedikit tetapi tetap selesa kerana bilik baharu dinaik pulih termasuk bilik air sekali. Perabot, permaidani, katil dan bantal juga ditukar baharu. Tidur saya pun sangat selesa dengan bantal-bantal empuk itu. Ada satu yang menarik perhatian saya di dalam bilik air itu botol syampunya yang seakan seperti botol minyak wangi. Walaupun saya tidak boleh menggunakan syampu hotel, tetapi saya bawa pulang botol itu…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Jamestown Ke Bloomington

8 Jun 2022Pemanduan hari ini juga boleh dikatakan agak singkat dan normal bagi saya dan suami. Jarak dari hotel di Jamestown, North Dakota menuju ke hotel penginapan di Bloomington, Minnesota ialah 642 kilometer. Tidak sampai sebulan kami melalui laluan dan lebuh raya yang sama tetapi dari arah bertentangan. Anda boleh rujuk dan lihat banyak gambar lain di dalam artikel di bawah ini. Pemanduan Dari Minneapolis Ke Dickinsonhttps://sheryonthemove.com/?p=2455 Di sepanjang pemanduan ini kami hanya berhenti dua kali sahaja iaitu di Fargo untuk minum pagi di kafe kegemaran, dan di satu rest area untuk ke tandas. Saya kurang mengambil gambar pada pemanduan…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Jamestown, North Dakota

Saya menyukai hotel ini kerana banyak perkara. Antara yang ingin saya senaraikan ialah, keperluan asas di bilik mencukupi, bilik dan katil yang besar, sarapan pagi percuma serta pelbagai pilihan minuman dan makanan, ruang makan yang besar, tempat meletak kenderaan tidak dikenakan bayaran, dan lokasi hotel yang sangat strategik. Hotel ini dikelilingi dengan macam-macam tempat menarik contohnya pasaraya Walmart, restoran, kedai menjual pakaian serta keperluan asas yang lain. Semuanya dengan jarak berjalan kaki sahaja dari hotel. Saya dan suami berpeluang makan malam di restoran Jepun yang berhadapan dengan hotel ini. Anda boleh tonton video hari kelima pertama kembara kerana saya ada…

Leave a Comment