Skip to content

Shery On The Move Posts

Pontiac, Illinois -Route 66

Artikel ini bersambung dari bahagian sebelumnya di mana saya telah melawat ke dua pekan kecil (Lincoln dan Atlanta) yang terletak di dalam jalan raya bersejarah Route 66. Artikel mengenainya boleh anda baca di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3438 Sebelum ini saya hanya mendengar nama Pontiac kerana ada kereta yang namanya sama. Saya pasti anda juga pernah dengar akan kereta Pontiac buatan dari Amerika Syarikat. Kini saya berada di Pontiac, Illinois yang terkenal kerana jalan Route 66. Di sini juga terdapat beberapa muzium yang wajib dilawati oleh pelancong. Tanpa dirancang, saya dan suami melawat ke salah satu muzium yang menyimpan sejarah Route 66. Petugas…

Leave a Comment

Lincoln & Atlanta, Illinois – Route 66

14 Jun 2022Pemanduan kembara pada hari ke-8 ialah dari Springfield menuju ke Peoria, Illinois. Sebenarnya jika memandu tanpa henti, waktu pemanduan hanya mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit sahaja dengan jarak antara kedua buah negeri ialah 120 kilometer. Tetapi oleh kerana kami menggunakan banyak jalan lama bersejarah Route 66, maka jarak dan masa pemanduan lebih sedikit dari yang asal. Pekan kecil pertama yang disinggahi ialah Lincoln. Populasi penduduk yang dikira sehingga tahun 2022 ialah seramai 13, 058 orang. Tarikan utama pelancong (road side attraction) untuk datang ke bandar ini ialah terdapat patung gergasi Presiden Abraham Lincoln yang sedang…

Leave a Comment

Springfield – Ibu Negeri Illinois

13 Jun 2022Kembara kali merupakan kedatangan kali ketiga saya ke ibu negeri Illinois iaitu Springfield. Kali pertama ialah pada tahun 11 September 2012 dan kali kedua pula ialah pada bulan Mac 2015. Artikel sewaktu lawatan saya pada tujuh tahun lalu boleh anda boleh baca di sini. http://sharery.blogspot.com/2015/05/rumah-kediaman-presiden-amerika.html Pada hari Isnin kedatangan saya ke Springfield, saya dan suami telah makan malam di restoran Monical’s Pizza. Sebelum ini suami saya pernah datang ke restoran yang sama tetapi cawangan lain bersama rakan sekerja beliau. Saya telah berikan komen mengenai pizza yang saya makan di Monical’s Pizza melalui video di saluran You Tube ruangan…

Leave a Comment

Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest

Kembara berkereta pada hari ke-8 ialah dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois. Jarak antara kedua buah bandar ini ialah 517 kilometer. Sewaktu di Springfield, saya menginap di Hampton Inn & Suites Springfield-Southwest. Ia terletak 13 kilometer dari pusat bandar Springfield. Tempat letak kereta untuk tetamu hotel tidak dikenakan bayaran. Lobi dan ruang makan agak luas dan selesa. Sarapan pagi dihidangkan percuma setiap hari, kolam renang terletak di dalam bangunan (indoor), dan bilik tidur serta tilam juga selesa. Cuma ada satu kekurangan mengenai hotel ini ialah tidak mempunyai mesin basuh dan mesin pengering. Sebagai tetamu kerap Hampton Inn & Suites,…

Leave a Comment

Indianapolis – Ibu Negeri Indiana

13 Jun 2022Indianapolis ialah ibu negeri bagi negeri Indiana. Saya dan suami sudah banyak kali datang ke Indianapolis tetapi sewaktu pemanduan dari Louisville, Kentucky menuju ke Springfield, Illinois, kami singgah sebentar ke bangunan perundangan negeri yang terletak di pusat bandar Indianapolis. Para pelawat boleh meletakkan kereta di tempat letak kereta awam berbayar di kawasan yang berdekatan. Bangunan perundangan negeri Indiana sama sahaja seperti bangunan perundangan negeri Ohio. Ia tidak begitu menarik perhatian saya kerana lokasi di dalam pusat bandar yang sibuk dan pintu masuk utama yang tidak begitu tersergam. Kawasan perkarangan di bahagian pintu utama tidak luas dan terlalu dekat…

Leave a Comment

Louisville – Bandar Kelahiran & Kubur Muhammad Ali

Peninju terkenal Muhammad Ali lahir pada 17 Januari 1942 serta dibesarkan di Louisville, Kentucky, Amerika Syarikat. Walaupun beliau meninggal dunia di negeri Arizona tetapi jenazahnya telah dibawa pulang dan dikebumikan di Louisville. Sewaktu saya dan suami berada di Louisville pada hari ke-7 dan ke-8 kembara USA bulan Jun 2022, kami telah melawat ke beberapa tempat yang berkaitan dengan Muhammad Ali termasuk kubur beliau. 12 Jun 2022 Tempat pertama yang dituju ialah Muhammad Ali Center yang terletak di pusat bandar Louisville. Kami tidak dapat masuk ke dalam muzium ini kerana belum masuk lagi waktu lawatan. Selepas itu kami pergi ke jalan…

Leave a Comment

Louiseville, Kentucky

12 Jun 2022 Louisville ialah bandar terbesar di negeri Kentucky. Bandar ini terkenal kerana beberapa perkara contohnya Kentucky Derby (acara lumba kuda) dan ia juga merupakan tempat kelahiran peninju terkenal Muhammad Ali. Saya berada di Louisville selama dua hari iatu pada hari ke-7 dan ke-8 kembara USA untuk bulan Jun 2022. Di dalam artikel ini saya berkongsi gambar-gambar yang dirakamkan di Louisville dan saya lebih fokus rakamkan gambar bangunan kerana saya suka melihat seni bina lama. Saya juga melihat beberapa bangunan yang mempunyai mural artis atau orang-orang terkenal yang berasal dari Louisville. Di sebelah gambar itu diletakkan nama mereka tetapi…

Leave a Comment

Frankfort – Ibu Negeri Kentucky

12 Jun 2022 Pemanduan ke Frankfort bermula dari Louisville dengan arak antara kedua buah bandar ialah 88 km. Gambar-gambar pemandangan menarik yang dirakamkan dari Louisville menuju ke Frankfort dan kemudian pulang semula ke Frankfort telah dikongsikan di dalam artikel terdahulu. Anda boleh klik artikel di bawah ini.https://sheryonthemove.com/?p=3535 Tujuan utama saya dan suami datang ke Frankfort ialah untuk bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri. Setelah berpuluh bangunan perundangan negeri di Amerika yang pernah dilawati, inilah pertama kali kami perlu memandu menaiki bukit sebelum sampai ke kawasan bangunan. Persekitaran pada waktu itu agak sunyi kerana tidak ada orang bekerja pada hari Ahad.…

Leave a Comment

Louisville-Frankfort-Louisville

12 Jun 2022Pemanduan pada sebelah tengah hari bermula dari Indianapolis, Indiana menuju ke Louisville, Kentucky. Jarak antara kedua buah bandar ialah 185 kilometer. Apabila tiba di Louisville, saya dan suami membuat daftar masuk hotel terlebih dahulu di Tru by Hilton. Anda boleh rujuk artikel mengenai hotel ini melalui link di sini. https://sheryonthemove.com/?p=3518 Dari Louisville, kami menyambung pemanduan menuju ke ibu negeri Kentucky iaitu Frankfort. Jarak antara Louisville dan Frankfort ialah 88 kilometer. Sepanjang pengalaman saya mengembara berkereta di Amerika Syarikat sejak dari 2012, inilah pertama kali saya melihat dan melawat ke tempat khidmat pelancongan yang bangunannya cantik sekali. Sekali pandang,…

Leave a Comment