Skip to content

Shery On The Move Posts

Tru by Hilton – Louisville, Kentucky

Tru by Hilton ialah hotel penginapan saya sewaktu berada di Louisville, Kentucky. Saya dan suami melakukan daftar masuk hotel sebaik sahaja tiba dari Indianapolis, Indiana. Anda boleh baca artikel saya mengenai Indianapolis melalui link di sebelah ini. https://sheryonthemove.com/?p=3169 Keunikan hotel Tru by Hilton tidak kira di mana-mana cawangan sekalipun ialah, ia mempunyai lobi yang luas dan mesra tetamu. Setiap meja terdapat plug yang sesuai digunakan sekiranya tetamu ingin menggunakan komputer atau telefon tangan. Selain dari meja dan kerusi yang berwarna-warni, dinding juga dilukiskan dengan gambar bandar cawangan itu. Contohnya seperti gambar di bawah, saya bergambar dengan berlatar belakangkan lukisan bandar…

Leave a Comment

Restoran Milik Orang Malaysia Di Indiana

11 Jun 2022Sepupu suami iaitu Hana, telah membawa kami makan malam di sebuah restoran Jepun yang bernama Hiro Hibachi Express & Sushi di Fishers, Indiana. Katanya, pemilik restoran ialah orang dari Malaysia dan beliau ingin memperkenalkan kami kepada pemilik restoran itu yang juga sahabat beliau. Kami teruja mendengarnya tambahan pula kami memang peminat makanan Jepun. Tiga jenis sushi yang saya pesan ialah Indo Roll, Bali Roll, dan Malay Roll. Suami pula memesan Steak Fried Rice. Jika anda ingin datang menjamu selera di sini, sila buat kepastian atau ‘double check’ dengan pelayan sekiranya terdapat stok daging halal. Pada hari itu rezeki…

Leave a Comment

Indianapolis, Indiana

11 Jun 2022Pemanduan ini bermula pada awal pagi dari Detroit, Michigan menuju ke Columbus, Ohio dengan jarak 357 kilometer. https://sheryonthemove.com/?p=3112. Selepas membuat persinggahan di pusat bandar Columbus dan melawat ke bangunan perundangan negeri, https://sheryonthemove.com/?p=3070 kami menyambung pemanduan ke Indianapolis, Indiana dengan jarak 283 kilometer. Negeri Indiana sudah biasa kami pergi sewaktu kami menetap di Chicago, Illinois dan kami selalu juga melawat sepupu suami (Hana Tajudin) yang menetap di Indianapolis. Selepas kami berpindah ke Kanada, kami jarang pula melawat mereka dan kali terakhir kami datang ke Indianapolis ialah pada tahun 2015. Dari petang hingga ke malam, hujan lebat tidak berhenti-henti. Kami…

Leave a Comment

Columbus – Ibu Negeri Ohio

Artikel ini bersambung dari yang sebelumnya. Ia mengenai pemanduan hari ke-6 kembara USA bulan Jun 2022. Pemanduan bermula dari Detroit ke Columbus. https://sheryonthemove.com/?p=3112Kami tiba di Columbus pada waktu tengah hari dalam keadaan cuaca yang panas dan suhu yang tinggi. Tujuan utama datang ke Columbus ialah ingin bergambar di hadapan bangunan perundangan negeri. Itu sudah menjadi kewajipan kami setiap kali berada di mana-mana ibu negeri. Tempat letak kereta tidak menjadi masalah kerana terdapat banyak di tepi jalan tetapi ia perlu dibayar. Oleh kerana hari Sabtu, maka pusat bandar dipenuhi ramai orang yang datang untuk membuat protest mengenai isu senjata api dan…

Leave a Comment

Pemanduan Dari Detroit Ke Columbus

11 Jun 2022Pemanduan bermula dari hotel Tru By Hilton Sterling Heights https://sheryonthemove.com/?p=2906menuju Columbus, Ohio dengan jarak 357 kilometer. Columbus ialah ibu negeri bagi Ohio. Manakala jarak antara pusat bandar Detroit ke sempadan negeri Ohi ialah lebih kurang 50 minit sahaja. Kami memandu menggunakan lebuh raya dan ada juga menggunakan jalan dalam yang menempuhi banyak perkampungan kecil. Saya sempat rakamkan gambar sebuah masjid besar yang terletak di tepi lebuh raya di negeri Ohio. Apabila mengembara berkereta, kami suka memandu mengikut jalan dalam kerana dapat melihat dengan lebih dekat cara kehidupan penduduk tempatan terutamanya masyarakat Amish di negeri Ohio. Dua perenggan di…

Leave a Comment

My Thai – Halal Detroit

10 Jun 2022Saya mengetahui My Thai Halal Kitchen apabila ternampak dari dalam kereta sewaktu pemanduan saya dan suami pada awal pagi dari hotel di Detroit menuju ke Lansing, Michigan. Oleh kerana restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami, maka kami mengambil keputusan untuk makan malam di My Thai Halal Kitchen pada hari yang sama. Menu yang dipesan ialah;Tom YumThai WingsDrunken NoodlesPad Prik Thai Iced TeaAndaman Sea Secara keseluruhannya, restoran ini bukanlah restoran Thai terbaik. Makanannya seperti kurang ‘power‘ kerana saya dapat agak yang tukang masaknya bukan org Thailand. Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana di sini terdapat banyak restoran…

Leave a Comment

Daves’s Hot Chicken – Halal Detroit

9 Jun 2022Saya dan suami datang ke Dave’s Hot Chicken untuk makan malam pada hari ke-4 pemanduan kembara USA bulan Jun 2022 yang bermula dari Bloomington, Minnesota menuju ke Detroit, Michigan. Lokasi restoran ini terletak tidak jauh dari hotel kami menginap di Detroit. Pada awalnya kami ingin batalkan sahaja makan malam di Dave’s Hot Chicken kerana kami melihat ramai orang sehingga mereka berdiri di pintu luar. Tetapi apabila masuk, baharu kami nampak masih ada beberapa meja kosong. Rupanya pelanggan lebih banyak membeli untuk dibawa pulang berbanding makan di situ. Suami saya mengikuti perkembangan Dave’s Hot Chicken melalui Instagram sejak Dave’s…

Leave a Comment

Melawat Ke 8 Mile Rd – Filem Eminem

10 Jun 2022Saya mengetahui 8 Mile Rd apabila filem lakonan Eminem ditayangkan di pawagam pada tahun 2002. Saya tahu filem itu mengisahkan kehidupan beliau yang membesar di Detroit, Michigan. Pada waktu dahulu saya tidak begitu meneliti secara mendalam lirik lagunya cuma saya meminati rentak muzik di setiap lagu sejak dari album pertama. Apa yang saya tahu lagu-lagu yang dicipta oleh Eminem adalah berdasarkan kehidupan beliau sendiri. Di usia saya sekarang ini, baharu saya meneliti dengan terperinci lirik-lagu itu sekaligus membuatkan saya kagum dan seolah-olah saya sudah mengenali beliau dengan lebih dekat lagi. Saya memang sudah lama teringin untuk datang ke…

Leave a Comment

Mom’s Spaghetti-Restoran Penyanyi Eminem

Gambar penyanyi Eminem yang anda lihat di bawah ini merupakan gambar pertama yang saya nampak di Instagram yang menceritakan beliau datang membuat kejutan pada hari pertama perasmian Mom’s Spaghetti. Pada hari perasmian itu juga bergegas saya nyatakan hasrat kepada suami untuk datang ke Detroit untuk melawat ke restoran beliau. Sewaktu saya beritahu kepada suami, saya belum lagi melihat menu Mom’s Spaghetti. Saya membayangkan satu hari nanti kami datang hanya untuk bergambar di luar kedai sahaja. Tanpa disangka rupanya ada spaghetti yang boleh dimakan. Maka, keinginan untuk ke Mom’s Spaghetti makin meninggi tambahan pula saya belum pernah datang ke Detroit. Kami…

Leave a Comment